Halaman

Rabu, 24 April 2013

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Bahagian Kuching 2013

SK Lumba Kuda dan SK Pulo telah menjadi tuan rumah bersama Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Bahagian Kuching 2013. Majlis telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2013 bertempat di SK Limba Kuda.

Sebanyak 3 jenis kategori yang dipertandingkan iaitu Saintis Muda, Bercerita Bahasa Inggeris dan Eureka. Pertandingan ini diadakan untuk memilih wakil Kuching untuk ke peringkat seterusnya. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Saintis Muda
1. SJKC No. 6 (Padawan)
2. SK St. Joseph (Zon A)
3. SK Jln Ong Tiang Swee (Zon A)

Bercerita Bahasa Inggeris
1. SK Lumba Kuda (Zon A)
2. SJKC Sungai Tengah (Padawan)
3. SJK Sam Hap Hin (Padawan)

Eureka
1. SK Song Kheng Hai (Zon A)
2. SK Semariang (Zon B)
3. SJKC No. 6 (Padawan)


















Isnin, 22 April 2013

Ceramah 3K SK Pulo 2013


Tarikh : 24 April 2013 (Rabu)
Masa : Rujuk jadual
Tempat : Dewan SK Pulo
Penceramah : En. Mohamad bin Jol

Slot 1
7:30 - 8:30 pg : Semua Tahun 1 & 6

Slot 2
8:40 - 9:40 pg : Semua Tahun 2 & 5

Slot 3
10:20 - 11:20 pg : Semua Tahun 3 & 4

Ahad, 21 April 2013

Sasar 500 sekolah kluster menjelang 2015


PUTRAJAYA 5 April - Kementerian Pelajaran akan meningkatkan jumlah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) daripada 300 kepada 500 buah menjelang 2015.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, kini terdapat lebih daripada 500 sekolah yang telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

Katanya, pihak kementerian mempunyai matlamat untuk meningkatkan bilangan SKK supaya dapat dijadikan penanda aras kepada sekolah lain.

"Sehingga kini sejumlah 213 sekolah telah dinobatkan sebagai SKK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 SKK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

"Pada hari ini, saya bersyukur 50 buah sekolah lagi mendapat pengiktirafan untuk SKK bagi fasa ketujuh," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pengiktirafan SKK fasa ketujuh di sini hari ini.

Pada majlis tersebut seramai 29 guru besar dan 21 pengetua menerima sijil pengiktirafan SKK serta wang insentif bernilai RM250,000.

Abd. Ghafar berkata, 50 sekolah yang mendapat pengiktirafan SKK itu terdiri daripada 29 sekolah rendah dan 21 sekolah menengah.

Katanya, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

"Pengiktirafan tersebut juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dari dalam dan luar negara," katanya.

Antara sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan SKK ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tebrau, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Rem, Johor; SK Kubang Kerian, Kelantan; SK Subang Jaya, Selangor; serta SK Agama Bintulu, Sarawak.

Sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor; SMKA Kedah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling Pulau Pinang dan SMKA Tok Jiring, Terengganu.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabtu, 6 April 2013

Bahasa rojak boleh bunuh bahasa Melayu


Oleh Muhamad Suhaimi Razali
Bahasa lambang jati diri masyarakat dan menjadi sejarah serta warisan zaman berzaman. Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, bahasa bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Pakar bahasa Melayu dan tokoh perancangan bahasa, Profesor Dr Asmah Omar mendefinisikannya sebagai satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia juga sebagai alat berhubung antara manusia. 
Bahasa harus berkembang selaras perkemba­ngan masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan kata lain, bahasa alat untuk kita menterjemahkan apa difikirkan manusia melalui bahasa lisan ataupun bahasa isyarat, selain untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling serta harus difahami masya­rakat. 

Namun, menyedihkan apabila bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi masyarakat Malaysia kini seolah-olah makin tiada nilainya dan tidak lagi dihormati. Masalah dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa rojak dilihat amat merunsing­kan terutama di kalangan belia.

Bahasa rojak merujuk kepada bahasa bercampur-aduk yang digunakan dalam tulisan dan lisan.

Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. 

Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah hingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu. Masalahnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu melalui penulisan dan lisan. 

Masalah melalui penulisan dapat dilihat apabila seseorang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun mengemas kini statusnya dalam medium alam maya. Melalui lisan pula apabila bahasa itu dituturkan dengan bercampur aduk. 

Jika dikaji secara mendalam, penyebaran virus bahasa rojak ini sebenarnya lahir daripada sikap masyarakat sendiri yang ingin menonjolkan kehebatan me­nguasai satu bahasa lain. 

Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran berkomunikasi dalam persekitaran dengan bahasa sebenar serta kurangnya penguasaan dalam bahasa berkenaan. 

Ia juga berpunca daripada media bercetak dan elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam menyampaikan maklumat menyebabkan pendengar terpe­ngaruh. 

Penggunaan bahasa rojak boleh memberi kesan negatif terhadap penghayatan bahasa itu sendiri, selain meng­akibatkan masalah komunikasi dalam masyarakat, maruah dan mutu penguasaan bahasa Melayu akan terus merosot dan terhakis serta menimbulkan pelbagai lagi kesan buruk untuk jang­ka panjang. 

Bagi mengekang wabak ini daripada terus merebak, semua pihak harus berganding bahu untuk menanganinya. 

Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman berkata, akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta lain bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara salah. 

Kementerian Pelajaran pula harus memberikan penekanan terhadap guru yang mengajar mata pelajaran bahasa dan dwibahasa supaya tiada bahasa rojak digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Dengan cara ini, pelajar bukan saja dapat menguasai mata pelajaran berkenaan, malah dapat membendung masalah bahasa rojak. 

Penerapan budaya peng­gunaan bahasa Melayu yang betul perlu dilakukan ibu bapa sejak kecil lagi bagi mengelakkan masalah ini lebih melarat pada masa depan. 

Bahasa adalah maruah kepada bangsa itu sendiri dan jika tidak dijaga, ia tidak mungkin lagi dihormati, seterusnya membawa kepada jatuhnya maruah sesebuah bangsa. 


  • Penulis ialah mahasiswa tahun tiga Program Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. 

  • Warga kampus yang ingin berkongsi penulisan mengenai isu semasa, boleh menghantarnya ke ruhaizarusmin@mediaprima.com.my atau rencana@mediaprima.com.my
  • Selasa, 2 April 2013

    Pencapaian akademik penentu masa depan


    GENERASI muda digalakkan belajar ke tahap paling tinggi kerana pencapaian akademik boleh menjamin kehidupan masa depan yang lebih baik sekali gus dapat bersaing dalam kerjaya masing-masing di peringkat global.

    Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda khususnya murid sekolah menengah hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga ke tahap paling tinggi supaya dapat mencorakkan kehidupan masa depan keluarga dan masyarakat sekeliling.

    "Semakin tinggi kelulusan seseorang itu semakin tinggi kedudukannya dalam sesebuah organisasi atau masyarakat berkenaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Buku kepada pelajar pra-universiti sekitar Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.

    Beliau berharap bantuan baucar bernilai RM250 itu dapat dimanfaatkan untuk membeli buku dalam usaha meningkatkan tahap ilmu setiap murid.

    Selain itu, kata Ahmad Zahid, hasil kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan berkenaan berjaya meningkatkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan awam di negara ini.

    "Murid yang berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan awam diberikan bimbingan kaunseling, motivasi, lawatan ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi supaya mereka terangsang mahu belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam pelajaran," ujarnya.

    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Isnin, 1 April 2013

    Permohonan Pertukaran Guru (eg-Tukar) Jun 2013


    Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. http://apps.moe.gov.my/epgo/