Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) sebelum tidur dan selepas bangun tidor. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 2. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 3. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...Sama2lah kita mengamalkannya....... Wallahu A'lam. Sabda nabi: " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya" *disalin daripada blog Panitia Sains SMK PAsir Panjang, Kupang, Baling, Kedah. (Zon Kuala Ketil)Terima kasih Cikgu Ismi.
Halaman
Khamis, 30 April 2009
Rabu, 29 April 2009
LAPORAN BERITA MINGGU : Apa Komen Anda?
Berita Minggu:
Laporan Khas:
Laporan Khas:
Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah
Oleh Azrul Affandi Sobry
Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama
KUALA LUMPUR: Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.
Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah. Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar. Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain. "Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka. "Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar. Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'. "Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya. Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar. Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti. "Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya. Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam. Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi. "Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya. Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya. "Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah. "Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya. Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.
LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
http://www.moe.gov.my/hariguru/index.html
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
http://www.moe.gov.my/hariguru/index.html
SELESEMA BABI 2
Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Baqarah : 145]
Prof. Robin Weiss, pakar dalam kuman virus Institut Kajian Kanser, London menyatakan : Babi mempunyai banyak kuman virus. Babi mempunyai kuman RETTROVIRUS yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak boleh dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh DNA babi itu sendiri. RETTROVIRUS adalah keluarga yang sama dengan HIV.
Babi juga telah telah tersenerai sebagai binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaanya. Di antara kematian besar-besaran manusia akibat wabak bawaan babi ialah :
1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang
2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)
1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang
2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)
Yang terbaru, sebahagian besar negara di dunia mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani selesema babi yang setakat ini, dipercayai telah meragut 81 nyawa di Mexico dan menjangkiti lebih 10 orang di negara jiran Amerika Syarikat (AS). Seramai 1,300 orang sedang diuji kerana dipercayai sudah dijangkiti. Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke AS dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia. Tanda-tanda selesema babit adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan.Selesemasa terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.
SELESEMA BABI
Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi wabak Selsema Babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.
Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptom
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka." Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .
Selsema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak. Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain membentuk cadangan bahawa mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti menjadi tumpuan bagi peningkatan pemantauan kesihatan awam. Wabak selsema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subtaip H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis endemik pada babi, dan juga influenza burung.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak. Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain membentuk cadangan bahawa mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti menjadi tumpuan bagi peningkatan pemantauan kesihatan awam. Wabak selsema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subtaip H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis endemik pada babi, dan juga influenza burung.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selsema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan. Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri. Selsema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.
Selsema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat. Vaksin bagi selsema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selsema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.
Selasa, 28 April 2009
LAGU SEKOLAH
KAMI JAYAKAN BERSAMA
Tersergam megah di Petra Jaya
Sekolah Kebangsaan Pulo
Lambang Kejayaan anak bangsa
Berteraskan pendidikan pedoman hidup
Di sini guru mendidik dan membimbing
Membentuk insan mulia
Berilmu, berwawasan, berinovasi
Bersemangat waja
Pada agama, nusa dan bangsa
Tidak akan kami persia
Dengan keazaman dan kesungguhan
Kami jayakan bersama
Tersergam megah di Petra Jaya
Sekolah Kebangsaan Pulo
Lambang Kejayaan anak bangsa
Berteraskan pendidikan pedoman hidup
Di sini guru mendidik dan membimbing
Membentuk insan mulia
Berilmu, berwawasan, berinovasi
Bersemangat waja
Pada agama, nusa dan bangsa
Tidak akan kami persia
Dengan keazaman dan kesungguhan
Kami jayakan bersama
Isnin, 27 April 2009
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
Pada 9 April baru-baru ini, satu pertandingan kawad kaki Badan Beruniform peringkat zon B Bahagian Kuching telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Semariang. Tuan rumah dan juga juara bertahan, SK Gita telah mengungguli 2 kategori iaitu johan kategori NGO lelaki dan johan kategori NGO perempuan. SK Pulo buat julung kalinya telah menyertai pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua bagi kategori NGO perempuan. Seramai 31 orang ahli pengakap dari SK Pulo menyertai pertandingan tersebut yang diketuai oleh adik Azrin Fitri Iziana bt Azis. Berikut ialah keputusan penuh pertandingan tersebut. KRS Lelaki
SK Bandar Semariang - Johan
SK RPR Jalan Astana - Naib Johan KRS Perempuan
Tiada Pemenang NGO Lelaki
SK Gita (Pengakap) - Johan
SJKC Chung Hua (Pengakap) - Naib Johan NGO Perempuan
SK Gita (Pengakap) - Johan
SK Pulo (Pengakap) - Naib Johan
SK(A) DAKH (Tunas Puteri) - Ketiga
Ahad, 26 April 2009
PENDOKONG UTAMA SK PULO
Guru Besar
Pn. Saniah bt Hj. Osman
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM
En. Mohtar bin Mohamad Ali
Penolong Kanan Ko-kurikulum
TIPS MENGURANGKAN STRESS
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Sabtu, 25 April 2009
KURSUS LATIHAN KETUA-KETUA PATROL DAN KETUA SEKAWAN, DAERAH PETRA JAYA
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Petra Jaya telah menganjurkan satu Kursus Latihan Ketua-ketua Patrol dan Ketua Sekawan Daerah Petra Jaya bertempat di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Kursus tersebut berlangsung pada 17-19 April 2009. Ianya melibatkan hampir 280 orang perserta yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Remaja.
SK Pulo juga telah menghantar seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang peserta perempuan dan 5 orang peserta lelaki. Mereka diiringi oleh pemimpin pengakap SK Pulo, En. Roslan Ahahary. Kursus 3 hari 2 malam ini banyak memberi pendedahan kepada peserta ilmu-ilmu pengakap yang tentunya berguna untuk diaplikasi di sekolah nanti. Adalah diharapkan mereka akan menjadi ahli pengakap yang baik selari dengan persetiaan pengakap yang mereka lafazkan setiap kali perjumpaan diadakan.
PINTAR Project – Beyond Borders
Malaysia Airports adopted two schools in Penang during the PINTAR pilot project in 2007 namely Sekolah Kebangsaan Batu Maung and Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung with a period of adoption of 3 years. During ‘Beyond Borders’ 2007, Corporate Communications has conducted and coordinated programs and activities encompass of:
i. Motivational Talks/ Dialogues (ie. Motivational program with Dr. Fazley)
ii. Motivational Activities (ie. Kem Waja Diri, Program Latih Tubi, Kem Gerak Sedar)
iii. English Programs (ie.English Workshops and Courses, English Week)
iv. Upgrading of Language Laboratory
Malaysia Airports has since then adopted another seven more schools in different states under the ‘Beyond Borders’ Moving Forward 2008:
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang, Alor Star, Kedah
2. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Penang
3. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Selangor
4. Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
6. Sekolah Kebangsaan Petagas, Kota Kinabalu, Sabah
7. Sekolah Kebangsaan Pulo, Kuching, Sarawak
Malaysia Airports continues its Beyond Borders programme with an English skill workshop called ‘Better English for Science & Mathematic Teachers’ or BESMaT, aiming to elevate English proficiency for the teachers at its adopted schools.
Currently, Malaysia Airports sits in the ‘Big 8’ group for CSR, appointed by Khazanah Nasional. This is a big responsibility for Malaysia Airports and a great honour to be seen as one of the GLCs actively involved in CSR activities.
http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=43&pg=177
i. Motivational Talks/ Dialogues (ie. Motivational program with Dr. Fazley)
ii. Motivational Activities (ie. Kem Waja Diri, Program Latih Tubi, Kem Gerak Sedar)
iii. English Programs (ie.English Workshops and Courses, English Week)
iv. Upgrading of Language Laboratory
Malaysia Airports has since then adopted another seven more schools in different states under the ‘Beyond Borders’ Moving Forward 2008:
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang, Alor Star, Kedah
2. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Penang
3. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Selangor
4. Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
6. Sekolah Kebangsaan Petagas, Kota Kinabalu, Sabah
7. Sekolah Kebangsaan Pulo, Kuching, Sarawak
Malaysia Airports continues its Beyond Borders programme with an English skill workshop called ‘Better English for Science & Mathematic Teachers’ or BESMaT, aiming to elevate English proficiency for the teachers at its adopted schools.
Currently, Malaysia Airports sits in the ‘Big 8’ group for CSR, appointed by Khazanah Nasional. This is a big responsibility for Malaysia Airports and a great honour to be seen as one of the GLCs actively involved in CSR activities.
http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=43&pg=177
Students and teachers rewarded in the inaugural Beyond Borders Awards 2008
SEPANG, 18 October – Improving English proficiency certainly pays for students and teachers of Malaysia Airports’ eight adopted schools, as their efforts were rewarded in the Malaysia Airports inaugural Beyond Borders Awards 2008.
Under the Beyond Borders Awards 2008’s banner, Malaysia Airports organised two competitions, namely Golden Pen Awards Essay Writing Competition and Beyond Borders Project Interschool Competition.
In the Golden Pen Awards Essay Writing Competition, Standard 4 pupils from the adopted schools were rewarded for their excellent essays submitted for the competition.
Dato’ Seri Bashir Ahmad, Managing Director of Malaysia Airports said: “We would like to encourage these students to continuously improve their English proficiency, and rewarding them is one of the best ways to further inculcate their interest in English. Personally, I was impressed by the writing skills of these schoolchildren, and they are only 10 years old!”
In this Golden Pen Awards Essay Writing Competition, these Standard 4 pupils were required to write on a simple essay – About Me in 300 words. A total of 496 pupils submitted their entries, and top three pupils from each school were shortlisted and their essays were reevaluated to select the best amongst the best.
Dato’ Seri Bashir explained: “We believe in starting early in preparation for their Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) exam, so when they’re in Standard 6, they may reap what they sow two years back, and we can then evaluate and see the results of the programmes that we have organised.”
For Golden Pen Awards Essay Writing Competition, the winner, Nurul Arynna Chan Ariffin from Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan received RM1,000.00, second place went to Masyitah Mirza Saad of Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan, Pahang who received RM700 while Nur Syafiqah Iskandar of Sekolah Kebangsaan Pulo, Kuching, Sarawak was third and received RM500, all accompanied with certificate of participation and trophy.
PROFIL RINGKAS SK PULO
Pada mulanya SK Pulo dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kampung Pulo. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pihak kampung memohon bantuan kerajaan. Tapak baru telah dikenal pasti iaitu tapak yang ada sekarang. Kerajaan tempatan telah membina satu blok kayu iaitu Blok C pada tahun 1965. Sekolah Rakyat Kampung Pulo telah ditukar nama sebagai Pulo District Council School di bawah pemantauan Pejabat Daerah Luar Bandar Kuching.
SK Pulo mempunyai 24 buah kelas, merangkumi 4 buah kelas bagi setiap tahun. Terdapat juga 2 buah kelas prasekolah iaitu sebuah bangunan yang dibina secara gotong- royong pada tahun 1992 dan sebuah lagi bangunan tetap bermula tahun 2003.
SK Pulo mempunyai 24 buah kelas, merangkumi 4 buah kelas bagi setiap tahun. Terdapat juga 2 buah kelas prasekolah iaitu sebuah bangunan yang dibina secara gotong- royong pada tahun 1992 dan sebuah lagi bangunan tetap bermula tahun 2003.
Langgan:
Catatan (Atom)