Halaman

Ahad, 25 Oktober 2009

PTK Ogos 2009 - Keputusan

Calon-calon PTK Ogos 2009 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 26 Oktober 2009 melalui SMS dengan menaip PTK No. K/P dan hantar ke 36363 atau pun secara on-line di www.mpm.edu.my

Sabtu, 24 Oktober 2009

LDP - Kecemerlangan Kepimpinan

Pada pagi tadi telah diadakan LDP kali ketujuh. LDP pada kali ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan tajuk Kecemerlangan Kepimpinan. Ceramah menarik telah disampaikan oleh Us. Norhanizam b. Tajuddin. Semoga ianya mendapat manfaat kepada semua.

Selasa, 20 Oktober 2009

Tahniah... congratulation... mabruk...

Tahniah Tn. Guru Besar En. Awang Kassim bin Awang Hosain

Warga SK Pulo ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Besar, En. Awang Kassim bin Awang Hosain kerana telah berjaya memperoleh (Bachelor Of Education(Honours)(Educational Management) dalam majlis Istiadat Konvokesyen kali ke 71, Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 18 Oktober 2009.

Semoga dengan penganugerahan ijazah tersebut dapat memberi semangat baru untuk beliau meneruskan tugas dengan lebih cemerlang dan seterusnya dapat memartabatkan lagi bidang pendidikan khususnya di SK Pulo.

Bergambar kenangan bersama keluarga

Menerima ijazah semasa istiadat Konvokesyen

Isnin, 19 Oktober 2009

Malaysia Airports Honoured With Community Engagement Award By Enterprise Asia Aug/20/2009

KUALA LUMPUR, August 20 - Enterprise Asia has awarded Malaysia Airports with the prestigious Community Engagement Award in the Asia Responsible Entrepreneurship Awards (AREA) 2009 Malaysia, in recognition of Malaysia Airports' commitment towards the betterment of the surrounding community which they operate in.

The award was presented to Y.Bhg. Tan Sri Bashir Ahmad, Managing Director of Malaysia Airports during the Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2009 on 20 August 2009, held at an international hotel in Kuala Lumpur. Enterprise Asia's AREA recognises and honours Asian businesses for championing sustainable and responsible entrepreneurship in four categories, and one of the categories is Community Engagement Award.

On receiving the award, Tan Sri Bashir Ahmad said: "Malaysia Airports is very pleased to be recognised by Enterprise Asia with this award. It is always our mission to continuously contribute towards the improvement of surrounding community that we operate in, in our case, community near to the airport."

Malaysia Airports has actively been involved in various Corporate Responsibility (CR) initiatives covering all aspects of community, environment, workplace and marketplace. These programmes or initiative are designed to deliver sustainable value to society at large, as well as to stakeholders.. Beyond Borders is the flagship programme for the community relations effort.

Malaysia Airports' Beyond Borders is part of the PINTAR school adoption programme by Khazanah, whereby nine schools in the proximity of airports in Penang, Kedah, Selangor, Kelantan, Pahang, Sabah and Sarawak, have been adopted. Beyond Borders has significantly helped improve the academic level and build self-motivation of involved students based from feedback received from the teachers of the adopted schools.

Beyond Borders is also aspired to empower the students to change and take the leap to go beyond their borders in pursuit for a better future. Malaysia Airports have constantly been working hand in hand with the schools to ensure that not only all students embrace this belief, but also their parents and teachers.

Tan Sri Bashir elaborated: "We hope our commitment in improving the education level at these schools will further stimulate the students, and also the teachers, to improve their performance from time to time. Should they excel, it will be a great testament in our effort to improve their education level and thereafter, their future. This will also represent the success of the community itself."

Malaysia Airports has thus far committed their resources, including its employee's time as volunteers/mentors as well as third party involvement to work with and motivate the children.

Malaysia Airports has also been actively involved in other Corporate Responsibility initiatives as well. It has led the Green Globe 21 Certification programme which is the international benchmarking and certification programme that advocates best green practices in the travel and tourism industry. Malaysia Airports is also supporting the local SMEs and Bumiputera entrepreneurs to develop their businesses at KLIA and LCCT through its collaboration with the Ministry of Entrepreneur Corporation Development (MECD) with the Entrepreneur Vendor Development Programme.

Ahad, 18 Oktober 2009

Dunia dah hampir nak Kiamat...

Kejadian gempa bumi makin kerap berlaku. Baru2 ini berlaku di Padang, ribuan manusia mati dan ratusan rumah dan tempat tinggal musnah. Itu tidak termasuk dengan mereka yang ditelan bumi masih belum ditemui mayat mereka.


Sebelum ini, berlaku peristiwa Tsunami yang menelan korban mungkin jutaan nyawa manusia yang melanda Acheh, Sri Lanka, Thailand dan juga negara kita sendiri, Malaysia. Peristiwa seperti ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. yang mampu dan berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. "In araada syai an yaquula lahuu 'kun fayakuun'."


Terbaru, pakar geologi meramalkan satu gempa bumi raksasa bakal berlaku di pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun akan datang. Berita seperti ini benar2 mengejutkan kita. Bagi manusia yang beriman kepada Allah sudah pasti telah menyiapkan diri untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku kepada dunia ini.


Kita semua pasti akan mati satu hari nanti. Cuma, Malaikat Maut tidak datang berbisik kepada kita memberitahu bila tarikh dan masa kematian kita. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan saat kematian kita.


Kejadian gempa bumi yang makin kerap ini seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa usia bumi kita ini terlalu tua dan lemah. Bila2 masa saja bumi ini akan dihancurkan oleh Allah Ta'ala.


Kadang2 bencana yang menimpa bumi ini adalah akibat perbuatan maksiat dan dosa manusia itu sendiri. Kita kadang2 alpa dan lalai menjadi manusia beriman yang taat kepada perintah Allah Ta'ala. Umat Islam hari ini, ramai yang Islam pada nama saja, tapi perangai dan akhlak tidak mencerminkan umat Islam yang sebenar.


Berapa ramai di kalangan orang Islam yang tidak sembahyang, berjudi, menempah pelacur, berzina, derhaka kepada ibubapa, merompak, mencuri, menjadi mat rempit, peragut dan seribu satu macam lagi perbuatan maksiat dan tidak bermoral yang dilakukan. Semua ini menjadi asbab kepada kemurkaan Allah dan menimpakan azab kepada kita di dunia.


Petikan dari : http://anakkedaibuloh.blogspot.com/2009/10/dunia-dah-hampir-nak-kiamat.html


SINGAPURA: Satu gempa bumi raksasa diramal melanda pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun yang mencetuskan tsunami gergasi sekali gus menjadikan gegaran bulan lalu pada skala kecil saja, kata seorang pakar geologi.

Selain itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, perubahan cuaca dunia bermakna bencana alam pada masa depan adalah lebih besar dan kerap.


Gempa raksasa itu juga akan memakan masa lebih lama berbanding gegaran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat pada 30 September lalu hingga meranapkan bandar Padang.

"Kami jangka gempa raksasa itu mencapai 8.8 skala Richter," kata Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh ketika membentangkan pandangan pakar geologi di Universiti Teknologi Nanyang.


"Gempa itu juga akan berlangsung lima minit. Kekuatannya sehingga 7.6 skala Richter adalah kecil dibandingkan gempa besar," katanya. Gempa di Sumatera itu berlangsung 45 saat.

Angka korban rasmi adalah 1,115 sehingga Rabu lalu tetapi ramai lagi dipercayai maut selepas beberapa perkampungan tertimbus selain kira-kira 100,000 rumah musnah menyebabkan setengah juta penduduk hilang kediaman.

Katanya, gempa bulan lalu itu petanda gegaran lebih besar lagi berdasarkan catatan sejarah gempa selepas sampel terumbu karang dikaji.

Di Jakarta, Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes berkata, perubahan cuaca dunia bermakna taufan lebih besar, banjir lebih buruk dan kemarau lebih lama selain kebakaran hutan.

Holmes berada di Indonesia selama dua hari selepas gempa 30 September lalu turut memberitahu:

"Tengok trend perkara itu. Berapa banyak bencana sudah berlaku dan sejauh mana kesannya," kata Holmes yang juga Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB.

"Ada perkaitan antara perubahan cuaca dan bencana lebih kerap," katanya.

Petikan dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20091018002247/Article/index_html

Jumaat, 2 Oktober 2009

Program RIMUP - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009

5 Makruf

5 Mubarak

Antara tetamu

4 Muhibbah

4 Muhibbah

4 Makmur

2 Muhibbah

5 Muhibbah

5 Mahmur

2 Mubarak


2 Makruf

2 Muhibbah & 2 Makmur

2 Makruf

2 Mubarak

3 Makmur

3 Makmur

3 Makruf

3 Mubarak

1 Mubarak & 1 Makruf

1 Muhibbah

1 Makmur