Halaman

Khamis, 21 Julai 2011

Halangan Menanam Cita-cita Dalam Diri

Dipetik daripada laman http://notamengajarbelajar.blogspot.com

1. Tiada dorongan - Ibu bapa tidak menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan seperti tidak memberi galakan dalam pelajaran pelajar. Tidak ambil kisah tentang prestasi pelajaran anak-anak.

2. Tiada sokongan - Ibu bapa atau orang sekeliling pelajar tidak memberi sokongan terhadap kemampuan atau pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Mungkin ada pelajar yang bercita-cita untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi ibu bapa mereka tidak campur tangan atau tidak ambil kisah.

3. Tidak yakin pada diri sendiri - Terdapat sebilangan pelajar yang ragu-ragu terhadap kemampuan dirinya sendiri. Keyakinan dalam dirinya semakin teruk jika dia mendapat keputusan yang teruk dalam ujian atau peperiksaan.

4. Kecewa - Wujud sebilangan pelajar yang bercita-cita tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan tersebut. Namun, mungkin ada penghalang yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan atau sebagainya menyebabkan dia berasa kecewa dan tidak mahu meneruskan usaha untuk menggapai cita-citanya.

5. Sengaja - Ada juga yang sengaja tidak mahu menanam cita-cita mungkin kerana terpengaruh dengan cerita-cerita daripada filem, rakan-rakan sekelinga atau sebagainya.

6. Tidak kisah - Memang ada segelintir pelajar yang tidak ambil kisah tentang pelajaran dan tidak bercita-cita untuk Berjaya dalam hidup. Mungkin pengaruh dari dalam atau luar rumah menjadi factor kepada sikap yang sebegini.

7. Tiada pendedahan tentang kepentingan pelajaran untuk kehidupan - Anak-anak masih kurang matang dan kurang akal mereka. Kebanyakkan mereka tidak pandai menilai kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Mereka lebih berminat dengan keseronokkan dan dapat menilai sesuatu kepentingan jika hasil yang diperolehi dalam tempoh yang singkat. Contohnya, mereka sukan kepada gula-gula kerana rasanya manis dan sedap, tetapi mereka tidak dapat berfikir kesan buruk kepada kesihatan jika makan terlalu banyak.

Selamat Maju Jaya

Majlis Ceramah Kerjaya Kebombaan dan Demontrasi Kebakaran

Selasa, 19 Julai 2011

Kemahiran Belajar Dalam Kumpulan

Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/

FAEDAH BELAJAR DALAM KUMPULAN
1. Mudah faham
2. Seronok dan tidak bosan
3. Perkongsian bijak
4. Persaingan sihat
5. Aktif dan kreatif
6. Jimat masa dan tenaga
7. Saya bagus anda pun bagus

KUMPULAN IDEAL
  • AhIi yang berdisiplin dan bercita-cita tinggi
  • Berbagai mata pelajaran
  • Aktif dan bertanggungjawab
  • Rakan yang sesuai dan kelas yang sama
  • Tiga - lima orang
  • Serius dalam perbincangan dan tidak lari dari topik
  • Sanggup bertanya dan mengakui kelebihan orang lain
  • Saling mendorong
  • Mempunyai ketua dan pencatat
  • Menetapkan matlamat / objektif / masa
  • Ketua kumpulan seorang setiausaha / Pencatat

PRASYARAT STUDY GROUP
1. Saiz kumpulan - 3 hingga 5 orang
2. Penyediaan topik perbincangan
3. Perbincangan tajuk
4. Penentuan masa, tempat dan tarikh
5. Tempoh masa perbincangan
6. Muafakat membawa berkat
7. Mengekalkan hubungan akrab
8. Dorongan yang tinggi

KITA AKAN INGAT SEBANYAK......
• 10% daripada apa yang kita baca.
• 20% daripada apa yang kita dengar.
• 35% daripada apa yang kita lihat.
• 50% daripada apa yang kita lihat & dengar.
• 70% daripada apa yang kita bincangkan.
• 80% daripada apa yang kita lakukan.
• 95% daripada apa yang kita ajar/beritahu orang lain.

TEKNIK BELAJAR DALAM KUMPULAN
1. Teknik kumpulan Bulatan
Pelajar menjalankan aktiviti (beberapa orang duduk dalam bulatan)
• Bina bulatan satu di dalam bulatan kedua
• Ahli bulatan pertama diberi kata kunci
• Orang pertama dalam bulatan menyebut kata kunci
• Orang kedua menyebut kata kuncinya dan kata kunci orang pertama
• Lakukan aktiviti sama sehingga orang terakhir
• Seorang jaga masa
AhIi bulatan sebelah dalam, lakukan aktiviti seperti yang dilakukan oleh ahli bulatan pertama (masa
ditentukan)
• Oloah kata kunci dalam bentuk yang gramatis
• Sediakan nota dan kata kunci
• Salin nota dalam kertas putih yang besar dan pamerkan
• Beri Ujian & semak ujian di kalangan ahli kumpulan

2. Teknik Bacaan
• Membaca, mengolah kata kunci dalam bentuk ayat yang ringkas, lengkap, gramatis, padat dan bermakna.
• Baca berulang untuk kefahaman dan ingatan
• Tulis ayat-ayat yang mengandungi kata kunci
• Jika dapat membentang tanpa melihat nota bermakna telah mencapai penguasaan.

3. Teknik Perbincangan Kumpulan
• Bina Kumpulan, guna buku teks / sumber lain
• Pilih tajuk dan Ketua kumpulan
• Guna kertas untuk mencatat
• Ketua arah ahli baca buku teks/ sumber untuk mendapatkan bahan ( baca berperingkat­ peringkat)
• Pencatat mencatat kata kunci setelah dikenalpasti
• Baca bahan keseluruhan dan fakta sokongan
• Susun kata kunci dalam bentuk nota ringkas, mudah , padat , bermakna, tepat, kemas dan menarik.
• Bincang untuk kemaskan lagi dengan menggunakan ayat yang gramatis
• Baca nota itu berulang-ulang secara perseorangan
• JaIani ujian. Ahli kumpulan semak jawapan ujian.

4. Teknik mendengar dan mencatat
• Bersedia mendengar bahan lisan, buat catatan kata kunci dan fakta sokongan dalam kertas latihan
• Fasilitator membentang bahan
• Ahli di bawah 10 orang
• Selaras catatan yang dibuat oleh ahli kumpulan
• Bincang dan susun kata kunci yang diselaraskan dalam bentuk nota yang kemas, mudah, bermakna dan tepat (buat di kertas)
• Salin nota dalam kertas putih
Latihan membaca nota berulang-ulang
Bincang kekuatan dan kelemahan teknik
• Pilih pasangan dalam kumpulan
Buat ujian secara berpasangan
• Periksa ujian oleh kumpulan

5. Teknik Pengajaran Sebaya
Konsep: bantu kawan dan mahir diri
• Ahli yang mahir bertindak sebagai pengajar kepada rakan lain.
• Mengajar sehingga rakan dapat menguasai tajuk perbincangan dengan baik

MAKNA KUMPULAN
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Isnin, 18 Julai 2011

Klinik Kecemerlangan UPSR 2011

Minggu Bahasa Malaysia

Isnin, 18 Julai 2011 - Minggu Bahasa Malaysia peringkat SK Pulo telah diadakan pada 11-15 Julai 2011. Ianya dianjurkan oleh Panitia & Kelab Bahasa Malaysia SK Pulo.

Sepanjang minggu tersebut, banyak aktiviti yang diadakan. Antaranya ialah pertandingan membaca teks untuk Tahap 1, pertandingan bercerita Tahap 1 dan Tahap 2, pertandingan syarahan dan pertandingan menulis esei untuk tahun 6.

Acara kemuncak telah diadakan pada pagi tadi. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Mohtar bin Mohamad Ali. Semoga aktiviti seperti ini dapat menyemai dalam diri murid-murid agar cintakan Bahasa Malaysia dan selalu menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.

Aisyah Nabila, peserta pertandingan bercerita Tahap 1

Para jemaah hakim

Salah seorang peserta dari Prasekolah sedang mencabut undi

Antara yang beraksi

Bacaan teks prasekolah

Pemenang membaca teks tahap 1

Pemenang bercerita Tahap 1

Pemenang bercerita Tahap 2

Pemenang menulis esei

Peserta akhir syarahan

Pemenang syarahan

Peserta bergambar dengan AJK

Sabtu, 16 Julai 2011

Kem Bestari Solat 2 Tahun 4 2011

Kem Bestari Solat 2 Tahun 4 telah berjaya diadakan pada pagi tadi. Kem bermula pada jam 7.30 pagi. Pada kali ini, penyelaras Kem Bestari Solat SK Pulo, Ustazah Ira Nurlailie bt Ismail telah merancang kem berbentuk Explorace. Alhamdulillah, kem tersebut berjaya diadakan dengan jayanya.

Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Selepas pembahagian kumpulan, peserta dibawa oleh fasi masing-masing ke tempat pilihan mereka. Di sini, fasi akan menerangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan KBS tahun 4 diikuti latih tubi bacaan. Antara bacaan yang ditekankan ialah tahiyyat awal dan akhir serta doa Qunut.

Selepas rehat, explorace dimulakan. Kesemua kumpulan perlu melalui 5 stesen. Setiap stesen mereka akan dibekalkan dengan tugasan.

Stesen Pertama - Peserta diminta menulis cara-cara berwudhuk dengan betul. Kemudian, mereka diminta untuk menunjukkan cara berwudhuk.

Stesen Kedua - Peserta diminta untuk mencari perkataan sembunyi (teka silang kata).

Stesen Ketiga - Peserta diminta mencantumkan gambar menjadi gambar yang lengkap.

Stesen Keempat - Peserta diminta untuk membaca bacaan dalam solat secara berkumpulan.

Stesen Kelima - Peserta diminta melukis poster (bacaan pendek dalam solat).

Kem diakhiri dengan solat Zohor berjamaah. Secara keseluruhan, peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang tinggi kerana hadiah disediakan kepada kumpulan yang berjaya mencatat markah tertinggi.