Halaman

Isnin, 24 Disember 2012

Menjelang Sesi Persekolahan 2013


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula. Ibu bapa tentunya orang yang paling sibuk pada ketika ini untuk menyediakan segala kelengkapan persekolahan anak-anak. Tentunya barang-barang keperluan persekolahan seperti uniform sekolah, kasut, beg dan sebagainya telah disediakan. Atau mungkin menggunakan yang tahun lepas sekiranya masih lagi dalam keadaan baik.

Admin percaya buat adik-adik yang bakal melangkah ke Tahun 1 tentunya orang yang paling teruja untuk memulakan sesi persekolahan. Mereka pastinya tidak sabar untuk sama-sama mengalami pengalaman yang menyeronokkan. Selamat melangkah ke alam persekolahan dik.

Sementara para guru pula tentunya sibuk menyediakan semua keperluan terutamanya mereka yang menjadi guru kelas. Kelas dipastikan dalam keadaan baik dan teratur. 

Bagi guru-guru di SK Pulo, mesyuarat pertama akan diadakan pada 29 Disember 2012. Sementara pendaftaran persekolahan akan diadakan pada 31 Disember 2012. Ibu bapa boleh mendaftar anak dan seterusnya membayar keperluan anak-anak pada hari tersebut. Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2012. Selamat kembali ke sekolah.

Si penjual kuih yang berjiwa besar


Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut ti...dak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

By: Pakar diari hati

Jadual Peperiksaan Utama 2013


Selamat Bertugas di Tempat Baru Pn. Majani bt Hossen


SK Pulo sekali lagi kehilangan seorang lagi pegawai yang komited dan berkaliber menjelang sesi persekolahan 2013. Pn. Majani bt Hossen telah berpindah tempat bertugas.


"Assalamualaikum semua student sk pulo....saya cikgu Majani Hossen telah berpindah dan sik ngajar di sk pulo agik...Mun ada kesalahan dan kesilapan cikgu ketika bersama kitak orang mohon di maafkan....cikgu nak ucapka terimakasih juak kpd semua student kerana beri kerjasama yg terbaik semasa cikgu di sk pulo terutama kelas 5D tahun 2012 kerana membantu saya semasa penyeliaan dolok...mudahan ktk orang berjaya hingga ke menara gading...sekian salam sayang drpd saya...Cikgu Majani Hossen"

Semoga cikgu terus cemerlang di tempat baru.

Isnin, 17 Disember 2012

Panduan Bersama Anak


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak b
oleh dikawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Ahad, 16 Disember 2012

Kesulitan sistem PBS diatasi


Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.

Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

''Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai November lalu bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai'', kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada Ruangan SMS Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan 'Guru Kini' yang mendakwa PBS menambah bebanan guru kerana sukar memasuki laman web sistem tersebut walaupun pada waktu awal pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian amat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang terpaksa dihadapi guru berhubung perlaksanaan sistem baharu itu namun yakin masalah yang timbul akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini.

Kira-kira 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah.

Melalui sistem baharu ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.

Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.

Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 SBP Tahun 2013


Makluman buat calon UPSR 2012 dan ibu bapa/penjaga yang telah membuat permohonan masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2013, semakan tawaran sudah boleh diakses melalui aplikasi online KPM mulai 16 Disember 2012 (Ahad).


Sila click gambar / link di bawah :
 

Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013

Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1

Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )

Pendaftaran SBP Sesi 2013

Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.

Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013

Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012. 


Sumber http://www.ciklaili.com/2012/12/semakan-tawaran-ke-tingkatan-1-sekolah.html#ixzz2FBA4QwN2
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Semakan Kemasukan ke Sekolah Kawalan Tingkatan 1 sesi 2013

Assalamualaikum wbth dan Salam Menjulang Sarawak, semakan untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 sekolah kawalan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah (SABK Men), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Rancangan Khas (SRK) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) seluruh Sarawak boleh diakses bermula 17 Disember 2012 jam 2.30 petangdi URL www.moe.gov.my atau www.spisarawak.com/smksarawak. Mohon kerjasama semua cikgu menyebarluaskan perkara ini. Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dan yang tidak berjaya boleh membuat rayuan di PPD masing-masing. Terima kasih atas kerjasama anda........ medium penyampai yang berkesan .....

Kredit : engkabang.net

Khamis, 13 Disember 2012

UPKK 2013 : 13 negeri catat keputusan lulus seratus peratus


PUTRAJAYA - Tiga belas buah negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.
   
"Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A berbanding 17,684 pada 2011. Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah di Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
   
Katanya bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, subjek Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam 99.91 peratus manakala bidang al-Quran 98.47 peratus.
   
Jamil Khir berkata berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata).

Seramai 186,966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012 yang diadakan dari 1 hingga 4 Okt lepas.
   
Di KOTA KINABALU, Sabah mencatatkan 100 peratus pelajar lulus UPKK berbanding 99.9 peratus pada tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.
   
Katanya daripada 4,422 calon peperiksaan itu, jumlah calon yang mendapat gred A ialah 1,567 orang iaitu 35.4 peratus berbanding 371 orang pada tahun lepas.
   
"Jumlah calon yang mendapat 8A seramai 811 orang (18.34 peratus) berbanding tahun lepas hanya 13 orang (0.3 peratus) dan sembilan orang (0.2 peratus) pada 2010," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
   
Nasir berkata tiada calon yang mendapat 8D atau status lulus tidak mencapai tahap pada tahun ini berbanding lima orang atau 0.1 peratus pada tahun lepas.
   
"Ini menunjukkan lonjakan peningkatan yang sangat besar telah dicapai dan membuktikan pelaksanaan program Kafa menunjukkan kesan yang baik kepada peningkatan ilmu agama di kalangan anak-anak kita," katanya. - Bernama

Isnin, 3 Disember 2012

Jadual Gaji Bulanan 2013


JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2013
TARIKH HARI CATATAN

JANUARI 23.01.2013 RABU

FEBRUARI 25.02.2013 ISNIN (Tahun Baru Cina 10 & 11.02.2013)

MAC 25.03.2013 ISNIN

APRIL 25.04.2013 KHAMIS

MEI 23.05.2013 KHAMIS (Pesta Menuai 30 & 31.05.2013)

JUN 25.06.2013 SELASA (Hari Gawai 01 & 02.06.2013)

JULAI 25.07.2013 KHAMIS

OGOS 22.08.2013 KHAMIS (Hari Raya Puasa 08 & 09.08.2013)

SEPTEMBER 25.09.2013 RABU

OKTOBER 10.10.2013 KHAMIS (Had Raya Haji 15.10.2013)

NOVEMBER 25.11.2013 ISNIN (Deepavali 02.11.2013)

DISEMBER 19.12.2013 KHAMIS (Had Krismas 25.12.2013)