Halaman

Rabu, 28 Ogos 2013

Sambutan Merdeka Raya 2013 Peringkat SK Pulo

MAKLUMAN

Sambutan Merdeka Raya peringkat SK Pulo 2013 akan diadakan pada hari Jumaat, 30 Ogos 2013. Semua murid, guru dan staff diminta memakai baju raya masing-masing. Berbaju melayu lengkap untuk lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan. Harap maklum.

Selasa, 27 Ogos 2013

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Isnin, 26 Ogos 2013

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru bagi Pertukaran Sesi Januari 2014 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2013. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:-

Khusus Untuk PPPLD/Guru Bukan Siswazah

Permohonan mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2013. Cara memohon, secara manual dengan mengisi borang yang ada di JPN Sarawak di Unit Latihan dan Kemajuan Staf (082473424/410)  atau di urus setia BPG Cawangan Sarawak di Jalan Kolej Batu Lintang Kuching. 

Pegawai di Unit Latihan akan berada di The Spring Kuching pada Sabtu ini 24 ogos 2013 (0530 petang hingga Spring tamat beroperasi hari terbabit), sempena Hari Bertemu Pelanggan KPM dengan membawa borang yang berkenaan. Ini  peluang terbaik dan terakhir bagi yang tercicir dan tidak sempat membuat permohonan PPG  sebelum ini. 

Hubungi Encik Kuswady atau Puan Dayang Nurhazimah untuk dapatkan borang atau mana-mana staf di Unit Latihan JPN Sarawak.

Cadangan pelepasan cukai pendidikan diteliti - TPM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi maklum balas dalam sesi dialog terhadap persoalan yang dibangkitkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, cadangan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengumpul pelbagai saranan dan idea untuk polisi-polisi baharu dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Oktober ini.

"Menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau pusat-pusat tuisyen memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam pendidikan termasuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen, kita akan pertimbangkan.

"Cadangan ini akan saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk Bajet 2014 ini," katanya.
Muhyiddin berkata, jika cadangan pelepasan cukai itu merupakan satu keperluan, kerajaan pastinya akan memberikan perhatian kepada perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabtu, 24 Ogos 2013

Kem Perkhemahan 1M1S 2013

Sesi pendaftaran



Taklimat oleh Kem Komandan

Pemilihan Penghulu dan Penghuluwati



Pemasangan Khemah


Aktiviti Memanaskan dan Menyejukkan Badan






Slot 3 OVEP/Dinamika Kumpulan






Slot 4 Pengurusan Sesi Aktiviti









Slot 5 : Keselamatan & Kesihatan Dalam Sukan




Slot 6 : Sistem Pertandingan (Kalah Mati & Liga)







Slot 7 : Asas Permainan Kategori Memukul & Memadang





Slot 8 : Asas Permainan Kategori Jaring

Slot 9 : Asas Permainan Kategori Serangan




Slot 10 : Sesi Maklum Balas dan Penilaian





Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil



Peserta dan para fasilitator