Halaman

Selasa, 18 Ogos 2009

Bengkel - Program Kesiapsagaan Sekolah


"BENGKEL - PROGRAM KESIAPSAGGAN SEKOLAH"
UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
PROGRAM SEKOLAH ANGKAT PINTAR
BERTEMPAT DI SK PULO KUCHING
15 OGOS 2009

1. Tujuan
Mempromosi satu budaya bersiap sedia menghadapi bencana.
Meningkatkan keupayaan para pelajar dan pihak sekolah terlibat untuk bersiap sedia ketika berhadapan dengan bencana.

2. Matlamat
- Meningkatkan kesedaran para peserta tentang :
- Kepentingan penyiapan diri dalam menghadapi bencana.
- Prinsip-prinsip pengurangan risiko bencana melalui aktiviti2 yang dijalankan.
- Kepentingan kesedaran dalam menghadapi dan mengurangkan risiko bencana.

- Memberi pendedahan pengalaman praktikal melalui.
- Penyediaan pemetaan risiko dan ciri-ciri bahaya di sekolah.
- Bahan rujukan dan media yang akan disediakan bagi mengembangkan kesedaran mengenai topik yang dibincangkan.
- Aktiviti juga bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk berkongsi pengalaman dari pembelajaran bengkel rakan sekolah yang lain dan para guru.

(seramai 40 orang murid dari tahun 3 hingga 6 terlibat dalam bengkel ini. Secara keseluruhan, semua peserta menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dijalankan. Di harap bengkel ini telah mencapai sebahagian besar objektifnya.)

Isnin, 17 Ogos 2009

PKSR 3 2009


Selamat menduduki PKSR 3 buat semua murid2 SK Pulo. Semoga anda broleh kejayaan. Insya Allah

Selasa (18 Ogos 2009)
0725 - 0815 - Bahasa Melatu Kertas 1
0820 - 0910 - Ulangkaji
0940 - 1055 - Bahasa Melayu Kertas 2
1100 - 1200 - Bahasa Arab

Rabu (19 Ogos 2009)
0735 - 0835 - Matematik Kertas 1
0840 - 0940 - Pendidikan Islam
1015 - 1115 - Ulangkaji
1120 - 1200 - Matematik Kertas 2

Khamis ( 20 Ogos 2009 )
0725 - 0815 - Bahasa Inggeris Kertas 1
0820 - 0935 - Bahasa Inggeris Kertas 2
1005 - 1045 - Ulangkaji
1145 - 1200 - Sains

Sabtu, 15 Ogos 2009

Majlis Khatam Al-Qur'an

Assalamualaikum...
Insya Allah, sempena kehadiran Ramadhan nanti, satu majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah akan diadakan. Majlis tersebut terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang telah khatam al-Qur'an. Sehingga entry ini ditulis, seramai 49 orang murid tahun 1 hingga 5 telah khatam al-Qur'an. Jadi, kepada murid2 yang berminat, sila gandakan bacaan Al-Qur'an anda untuk sama-sama menyertai majlis ini.

Berikut adalah gambar2 semasa Majli Khatam al-Qur'an yang lepas.


Selasa, 11 Ogos 2009

Persembahan untuk Projek MAB

Pada minggu lepas, SK Pulo telah dilawati oleh pegawai dari Malaysia Airport Berhad (MAB). Kedatangan mereka ke SK Pulo adalah kerana untuk menilai hasil projek yang telah dijalankan. Pada tahun ini SK Pulo memilih Projek Matematik. Mereka telah menguji dan menyoal 10 orang murid dari tahun 2 - 5 tentang projek ini.

Sementara itu, persembahan juga diadakan untuk memilih 3 kumpulan terbaik seluruh negara untuk ke peringkat akhir Oktober nanti. SK Pulo merupakan salah satu dari 8 sekolah terpilih dari seluruh Malaysia untuk projek MAB ini.

Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang peserta yang akan mewakili SK Pulo ke peringkat akhir dalam pertandingan esei. Esei mereka tentang 1 Malaysia telah berjaya dipilih sebagai pemenang oleh pihak MAB.






Sabtu, 8 Ogos 2009

LDP - Menangani Stres

Satu ceramah "menangani stres" telah berlangsung pada pagi tadi. LDP pada kali ini dianjurkan oleh Panitia j-QAF dengan menampilkan En. Abdul Rahim b Hj. Abol dari SMK Agama Matang sebagai penceramah. Banyak kupasan telah dilontarkan oleh penceramah antaranya punca-punca stres, tanda-tanda stres, stres di kalangan guru, cara menangani stres dan lain-lain lagi. Ceramah yang disampaikan secara bersahaja itu sungguh menghiburkan para peserta. Di harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Insya Allah.





Rabu, 5 Ogos 2009

Ceramah H1N1

Satu penerangan ringkas H1N1 telh diadakan pada pagi tadi. Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka ini menampilkan PK HEM, En. Jamaluddin b. Lamat sebagai penceramah. Ianya dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama melibatkan murid2 tahap 1 dan sesi kedua melibatkan murid2 tahap 2. Di harap dengan penerangan ringkas tersebut dapat membantu murid2 memahami apa itu H1N1 dan meningkatkan tahp kewaspadaan mereka terhadap penyakit tersebut.

Sementara itu, pihak sekolah telah mengedarkan topeng2 percuma kepada murid2 serta guru2 untuk dipakai sepanjang mereka berada di sekolah.
Cikgu Jamaluddin Lamat














Isnin, 3 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan ahlan wasahlan wa marhaban ke SK Pulo buat Ust. Nor Mayuzee bt Mohamad. Ustazah Nr Mayuzee merupakan guru j-QAF ambilan Jun baru2 ni di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan. Beliau berasal dari Rantau Panjang Kelantan. Selamat bertugas dan menjadi warga Pulo.

Ust. Normayuzee...amboi... posing sakan ust. ni..

H1N1 ragut korban ketujuh

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban ketujuh hari ini apabila seorang wanita meninggal dunia dua minggu selepas melahirkan anak sulungnya.

Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat. Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.

Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

"Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil," katanya kepada pemberita hari ini.

Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.

Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan - semuanya merupakan jangkitan tempatan.

Sumber : Malaysia Kini