Halaman

Khamis, 21 Jun 2012

Selamat Bertugas di Tempat Baru

Selamat bertugas di tempat baru buat Pn. Patimah bt Sani yang telah berpindah ke SK Sampun, Samarahan. Terima kasih atas bakti yang dicurahkan sepanjang menjadi warga SK Pulo. Sempena dengan perpisahan ini, pihak sekolah akan mengatur satu majlis perpisahan "Dia tak pergi, hatinya gah di sini" pada hari Sabtu 23 Jun 2012 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching. Semua staf dijemput hadir.















Pantun Perpisahan


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai


Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai


Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai


Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri


Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi


Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?


Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Rabu, 20 Jun 2012

Staf Baru 2012

 Sharifah  Bastiah Binti  Wan  Sulaiman
Pengajian Agama

Pn. Hardiana Binti Mohd. Shari
Sains & Matematik

 Ustz. Nurul Hazirah bt Mustapha
Pengajian Agama

 Nurul Saliza Binti Abdullah
Pelatih j-QAF


 Pn. Rabiatul Adawiah

 Siti Khadijah Binti Yusuf
Pelatih j-QAF


 Pn. Jessica

Pn. Azfariah Binti Ahmad
Bahasa Inggeris

 En. Mohd Fadhli
Kemahiran Hidup

Pn. Hashimah Binti Ramli
PAP N4

Selasa, 19 Jun 2012

Program Seiring Sejalan








Profesionalisme Perguruan Fokus Utama - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 18 Jun - Bidang profesionalisme perguruan dan aspirasi rakyat terhadap sistem pendidikan serta kemenjadian murid menjadi fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam usaha mentransformasi pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia merupakan dapatan awal daripada lapan siri Dialog Nasional Pendidikan yang melibatkan 8,415 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pendidikan termasuk wakil daripada bidang keagamaan yang telah dilaksanakan sehingga kini. 

Beliau berkata, masih terdapat lima siri dialog akan berlangsung sehingga pertengahan bulan ini yang bertujuan mendapatkan maklumat dan pandangan masyarakat bagi menyediakan hala tuju pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar dapat memanfaatkan peluang yang masih ada ini untuk bersama-sama memberi input dan pandangan demi masa depan sistem pendidikan negara," katanya ketika menjawab pertanyaan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Boon Soon meminta Menteri Pelajaran menyatakan hala tuju atau arah baru Kementerian Pelajaran dalam usaha mentransformasi Dasar Pelajaran Negara. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 18 Jun 2012

Hari Permuafakatan

Hari Permuafakatan Tahun 1 hingga Tahun 5 telah diadakan sejurus sambutan Israk Mikraj di kelas masing-masing. Peratus kedatangan adalah 92 peratus. Tahniah kepada ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak. 



Sambutan Israk Mikraj 1433H





Sambutan Israk Mikraj telah diadakan pada hari Jumaat 15 Jun 2012. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin. Selesai bacaan Yasin, warga Pulo dihidangkan dengan ceramah Israk Mikraj oleh adik Nur Fitrah bt Laden (4D), adik Nur Syuhada Izzati bt Haslie (5B) dan adik Aina Aiza bt Rosli (5A).

Selamat Hari Bapa

SK Pulo mengadakan sambutan hari bapa untuk meraikan mereka yang bergelar bapa. Acara pemotongan kek hari bapa diadakan diketuai oleh tuan guru besar En. Mohd Zain bin Bujang.



Sabtu, 26 Mei 2012

Selamat Bercuti



Selamat bercuti buat semua warga SK Pulo. Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Manfaatkan peluang bersama keluarga tersayang dan rancang percutian dengan teratur. Buat murid, buku jangan dilupakan.

Selasa, 22 Mei 2012

Sambutan Hari Guru SK Pulo 2012

Pada pagi telah telah berlangsungnya sambutan Hari Guru Peringkat SK Pulo 2012. Majlis yang disambut sederhana tetapi meriah itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Pulo, Us. Buang bin Hj. Sapiee. Pelbagai acara menarik telah dilangsungkan antaranya bacaan perutusan oleh Pn. Miut Ak Rabong dan Pn. Saniah bt Hj. Osman, persembahan nyanyian Terima Kasih Cikgu oleh murid-murid tahun 4A dan 4C, nasyid oleh murid-murid tahun 5, tarian 1 Malaysia oleh Kelab Tarian SK Pulo, persembahan kompang dan pertunjukan fesyen oleh murid-murid Prasekolah. 

Disamping itu, 2 orang guru telah ditabal menjadi guru penyayang  hasil undian murid-murid SK Pulo. Bagi kategori lelaki, En. Awang Iswandy telah ditabal menjadi guru penyayang sementara bagi kategori perempuan, Pn. Nuriyati bt Dolhakim telah ditabal sebagai guru penyayang. 

Majlis diakhiri dengan sukaneka oleh para guru. Semoga sambutan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru serta antara guru dengan guru. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.



Lagi gambar-gambar menarik, sila ke Facebook SK Pulo

Sabtu, 19 Mei 2012

Mesyuarat Agung PIBG ke 13 SK Pulo

Khamis 19 Mei 2012  - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ni. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi , ADUN N4 Pantai Damai. 

Mesyuarat membincangkan segala permasalahan anak-anak selama bersekolah di SK Pulo. Banyak idea dilontarkan untuk memastikan kecemerlangan dan menjulang SK Pulo.

Tahniah diucapkan kepada pimpinan baru yang diketuai oleh Us. Buang bin Hj. Sapie yang dilantik sebagai YDP untuk sesi 2012-2014. Terima kasih diucapkan kepada AJK 2010-2012 yang berjaya menjalankan tugas dengan jayanya.