Isnin, 13 Ogos 2012 - Satu perjumpaan dengan semua murid tahun 6 telah diadakan pagi tadi. Majlis dihadiri oleh tuan Guru Besar, Penolong Kanan dan sebahagian besar guru yang mengajar tahun 6.
Halaman
Isnin, 13 Ogos 2012
Jumaat, 10 Ogos 2012
Sumbangan Aidilfitri dari Pos Malaysia
Pada pagi tadi telah berlangsungnya penyampaian sumbangan oleh pihak Pos Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh Puan Sarinah bt Rashidi, selaku wakil Penerapan Nilai Islam Pos Malaysia Berhad, Sarawak. Seramai 20 orang murid yang terdiri dari anak-anak yatim SK Pulo menerima sumbangan tersebut. Diharap dengan sumbangan ini, hari raya penerima sumbangan akan lebih bermakna.
Untuk lebih gambar, sila klik disini.
Isnin, 6 Ogos 2012
PKSR 3 2012
Ujian PKSR 3 SK Pulo akan bermula pada 7 Ogos 2012 dan berakhir pada 9 Ogos 2012. Serentak dengan itu, ujian PBS Tahun 1 dan 2 dijalankan pada masa yang sama. Sila dapatkan jadual peperiksaan dengan guru kelas masing-masing.
Ahad, 5 Ogos 2012
Nuzul Qur'an 1433H
Sempena Nuzul Qur'an, sekolah akan bercuti pada hari Isnin 6 Ogos 2012. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 7 Ogos 2012. Harap Maklum.
Sabtu, 4 Ogos 2012
Sekolah Cuti Awal Aidilfitri
Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.
Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.
Bercakap kepada BH semalam, beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.
Beliau diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Mereka mengemukakan cadangan itu menerusi panggilan telefon dan laman Facebook BH.
NUTP anggap keputusan tepat
Dalam surat siaran Bilangan 25/2012 itu, kementerian tidak menyelaras cuti berganti Aidilfitri kerana perayaan diraikan dalam cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna cuti ganti hanya untuk sekolah di negeri Kumpulan B, iaitu hujung minggu Sabtu dan Ahad.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata kementerian membuat keputusan tepat memberi cuti ganti pada 17 Ogos.
Katanya, ini memudahkan orang ramai merancang program balik kampung tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas yang teruk berbanding menjelang perayaan.
Beliau berkata, ada keluarga sanggup memulakan perjalanan pada jam 11 malam walaupun ia tidak sesuai kerana penat dan mengantuk yang mendedahkan mereka kepada kemalangan jalan raya.
Berita Harian: 3 Ogos 2012
Jumaat, 3 Ogos 2012
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2012
Untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan UPSR 2012, sila klik di sini.
Khamis, 2 Ogos 2012
Rabu, 1 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
