Halaman

Ahad, 1 September 2013

Permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

Sistem Permohonan Murid ke Sekolah Seni Malaysia

Calon-calon UPSR 2013 boleh membuat permohonan untuk ke Sekolah Seni Malaysia dengan mengisi permohonan di laman sesawang KPM atau klik di sini.

Syarat Kemasukan
1.Warganegara Malaysia
2.Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3.Tidak Cacat
4.Lulus Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
5.Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013
 Maklumat Am
1.Tarikh tutup permohonan pada 6 September 2013
2.Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
3.Borang permohonan hendaklah dicetak dalam DUA salinan
4.Guru Besar/Pentadbir Sekolah hendaklah membuat pengesahan di ruangan yang disediakan di kedua-dua salinan.
5.Satu salinan borang permohonan dihantar kepada sekolah rendah di mana anda belajar sekarang dan satu lagi hendaklah dibawa sewaktu Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) yang akan diadakan pada bulan September 2013.

Terima Kasih.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014

Untuk murid dan ibu bapa yang ingin membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 boleh membuat permohonan di laman web KPM atau klik di sini. 

Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
Terima Kasih.

Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas Tahun 2014

Assalamualaikum...
Makluman kepada semua murid, ibu bapa dan penjaga yang ingin membuat permohonan ke sekolah kawalan, kelas kawalan dan kelas rancangan khas 2014 boleh membuat permohonan mulai 1 September 2013. Permohonan boleh dibuat di laman web KPM atau klik di sini.

Harap maklum dan terima kasih.

Rabu, 28 Ogos 2013

Sambutan Merdeka Raya 2013 Peringkat SK Pulo

MAKLUMAN

Sambutan Merdeka Raya peringkat SK Pulo 2013 akan diadakan pada hari Jumaat, 30 Ogos 2013. Semua murid, guru dan staff diminta memakai baju raya masing-masing. Berbaju melayu lengkap untuk lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan. Harap maklum.

Selasa, 27 Ogos 2013

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Isnin, 26 Ogos 2013

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru bagi Pertukaran Sesi Januari 2014 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2013. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:-

Khusus Untuk PPPLD/Guru Bukan Siswazah

Permohonan mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2013. Cara memohon, secara manual dengan mengisi borang yang ada di JPN Sarawak di Unit Latihan dan Kemajuan Staf (082473424/410)  atau di urus setia BPG Cawangan Sarawak di Jalan Kolej Batu Lintang Kuching. 

Pegawai di Unit Latihan akan berada di The Spring Kuching pada Sabtu ini 24 ogos 2013 (0530 petang hingga Spring tamat beroperasi hari terbabit), sempena Hari Bertemu Pelanggan KPM dengan membawa borang yang berkenaan. Ini  peluang terbaik dan terakhir bagi yang tercicir dan tidak sempat membuat permohonan PPG  sebelum ini. 

Hubungi Encik Kuswady atau Puan Dayang Nurhazimah untuk dapatkan borang atau mana-mana staf di Unit Latihan JPN Sarawak.

Cadangan pelepasan cukai pendidikan diteliti - TPM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi maklum balas dalam sesi dialog terhadap persoalan yang dibangkitkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, cadangan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengumpul pelbagai saranan dan idea untuk polisi-polisi baharu dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Oktober ini.

"Menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau pusat-pusat tuisyen memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam pendidikan termasuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen, kita akan pertimbangkan.

"Cadangan ini akan saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk Bajet 2014 ini," katanya.
Muhyiddin berkata, jika cadangan pelepasan cukai itu merupakan satu keperluan, kerajaan pastinya akan memberikan perhatian kepada perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd