Halaman

Jumaat, 26 Jun 2009

Eco Camp 1

Kuching Sarawak - Lembaga Sumber Asli dan alam Sekitar Sarawak (NREB) dengan sokongan Jabatan Pelajaran Sarawak telah menganjurkan program Eco Camp bagi murid-murid sekolah rendah bahagian Kuching pada 23-25 Jun 2009 di Pusat Hidupan Liar Matang. Objektif utama program ini ialah untuk;
1. Memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran serta tanggungjawab para pelajar pemeliharaan dan pengawalan kualiti alam sekitar untuk kebaikan bersama.
2. Menggalakkan amalan positif terhadap penggunaan sumber asli.
3. Memberi pendedahan tentang strategi penerapan unsur pendidikan alam sekitar yang berkesan dan seronok.
4. Melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihtin terhadap alam sekitar.
5. Memupuk kerjasama dan usaha bersepadu di antara pihak penganjur dan agensi-agensi yang terbabit sebagai satu pasukan dalam program pendidikan alam sekitar di peringkat negeri.

Program tahunan ini dihadiri oleh 71 orang murid sekolah rendah dan 12 guru dari 12 buah sekolah. Sekolah2 yang terlibat ialah SK Telaga Air, SK Encik Buyong, SJK Chung Hua Pending, SK Senari, SK Siburan, SK Pasir Pandak, SJK Chung Hua Batu Kawa, SJK St. David Kpg Bumbok, SK Pulo, SK Siol Kanan dan SK Bandar Baru Semariang.

SK Pulo diwakili oleh Nur Rahimin (5 Mubarak), Mohd Raif (5 Mubarak), As Afi (4 Mubarak), Nur Elisha (5 Mubarak), Nor Asyiqin (5 Mubarak) dan Nur Shafika (5 Mubarak).Sementara guru pengiring ialah ustaz Roslan Ahahary.

Identiti Kumpulan

Pembahagian Kumpulan

Ermm... sedapnya... Makan tengah hari

Ramah Mesra Alam Sekitar

Peserta meletakkan matlamat mereka ke kem di pohon matlamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan