Halaman

Jumaat, 31 Julai 2009

Hari Permuafakatan 1 2009

Pada pagi tadi telah berlangsung Hari Permuafakatan 1 SK Pulo 2009. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kebanyakan ibu bapa juga sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut untuk melihat dan mengambil sendiri buku laporan anak-anak. Tahniah kepada semua yang begitu komited.
Antara ibu bapa yang komited dengan pelajaran anak-anak.

Kaum bapa yang turut serta... Kalau tak silap yang pakai kopiah
tu ialah Hj. Bujang. Bapa kepada Imanuddin tahun 3 Makmur

Majlis dimulakan dengan ucapan tuan Guru Besar, En. Awang Kassim bin Awang Hosain. Beliau ada membuat analisa keputusan PKSR 2 secara kelas demi kelas. Dalam ucapannya juga, beliau ada menyentuh pasal kebajikan murid-murid seperti bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Baucar Tuisyen (SBT), dan SPBT. Selain itu, beliau juga ada menyentuh berkenaan keselamatan pelajar, masalah disiplin, kesihatan dan lain-lain.
Guru besar sedang menyampaikan ucapan



Khusyuk mendengar ucapan Guru Besar

Ibu bapa juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan. Selepas ucapan Guru Besar, ibu bapa ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan buku laporan kemajuan. Di sini, mereka boleh bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan anak mereka kepada guru kelas masing-masing. Bagi murid-murid yang mendapatkan bantuan KWAPM, buku bank juga telah diberikan kepada mereka.
Salah seorang bapa yang turut serta mengajukan pendapat dan soalan


Us. Nizam sedang mengagihkan buku akaun KWAPM kepada yang layak

Wah... cikgu Mokhtar... sibuknyee..

Antara ibu yang menunggu giliran untuk menemui guru kelas

Aa... Kelana ni... result dia untuk sem ni jatuh sikit... mungkin itu yang diperkatakan
oleh cikgu Suria. Hehe..Kalau salah jangan marah ya cikgu Suira


Tiada ulasan:

Catat Ulasan