Halaman

Jumaat, 1 Januari 2010

Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum wrt. wbt dan salam sejahtera...
Setelah bercuti sebulan lebih, kini tiba masanya untuk kembali ke sekolah. Sempena dengan tahun baru Hijrah dan Masihi ini, marilah kita sama2 muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik.


Bermula dengan hari pendaftaran esok, episod baru akan bermula dalam diri setiap guru dan murid2. Mungkin ada guru yang baru ditugaskan untuk menjadi guru kelas. Sesungguhnya anda amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi bapa atau ibu kepada si kecil. Walaupun saban hari tugasan guru semakin bertambah tapi anda tetap hebat. Tahniah!!!


Bagi murid2, tentunya ada yang merasa gembira dan tak kurang juga ada yang rasa sedih. Gembira untuk bertemu rakan2 setelah sekian lama bercuti. Namun tak kurang juga ada yang bersedih kerana masa untuk bermain terpaksa ditinggalkan. Bagi murid2 Tahun Satu, tentunya pengalaman ini amat berharga bagi mereka kerana ianya bakal menjadi sejarahsuatu hari nanti.


Buat guru2, selamat bertugas diucapkan. Bertugaslah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Murid2 zaman sekarang kadang2 lebih mendahului anda dalam sesutu aspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan