Berita Harian
8/10/2010
SAYA berpendapat guru yang menerima anugerah guru cemerlang sepatutnya ditempatkan di sekolah yang pelajarnya adalah cemerlang seperti sekolah berasrama penuh (SBP), 'sekolah premier' serta sekolah projek.
Adalah berbaloi bagi mereka mendidik pelajar cemerlang berbanding mendidik pelajar yang kelompok sederhana dan kurang berpotensi.
Namun, apa yang berlaku di sekolah terpilih berkenaan, kebanyakan guru yang ditempatkan di situ adalah guru baru yang kurang pengalaman dari segi teknik mengajar, penguasaan isi kandungan subjek mahupun dari segi teknik menjawab.
Keadaan itu akan membebankan guru baru untuk mensasarkan keputusan yang terbaik. Oleh itu, ada kala pihak sekolah perlu mendapatkan bantuan guru pakar dari sekolah lain.
Saya kagum dengan usaha guru cemerlang di SBP kerana mereka ini tidak kenal penat lelah dan sanggup bekerja siang dan malam bagi menghasilkan pelajar cemerlang walaupun pelajar mereka dalam kelompok yang terpilih.
GURU LAMA DI SBP,
Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan