Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Ranking Keputusan PMR 2011 MRSM dan SBP

Nampaknya bagi tahun 2011 MRSM masih mendahului SBP di tempat pertama hingga ke lima terbaik dari segi gred purata.

Berikut merupakan ranking MRSM mengikut gred purata.
1. GEMENCHEH (1.0204 )
2. PASIR TUMBOH (1.0210 )
3. KUALA KUBU BHARU (1.0238 )
4. TUN ABDUL RAZAK (1.0248 )
5. PASIR SALAK (1.0313 )
6. LENGGONG (1.0341 )
7. TERENDAK (1.0380 )
8. GERIK (1.0385 )
9. SERTING (1.0408 )
10. KUALA KLAWANG (1.0414 )
11. KUALA TERENGGANU (1.0420 )
12. MUADZAM SHAH (1.0461 )
13.BESERI (1.0479 )
14. TRANSKRIAN (1.0479 )
15. KUBANG PASU (1.0489 )
16. BATU PAHAT (1.0490 )
17. BALIK PULAU (1.0494 )
18. LANGKAWI (1.0508 )
19. PENDANG (1.0511 )
20. PDRM KULIM (1.0533 )
21. PONTIAN (1.0534 )
22. MERSING (1.0626 )
23. KEPALA BATAS (1.0631 )
24. KOTA KINABALU (1.0658 )
25.KUANTAN (1.0661 )
26. KUALA BERANG (1.0691 )
27. FELDA (1.0708 )
28. PENGKALAN HULU (1.0748 )
29. ALOR GAJAH (1.0748 )
30. KUALA LIPIS (1.0748 )
31. KUALA KRAI (1.0774 )
32. MERBOK (1.0811 )
33. KUCHING (1.0817 )
34. KOTA PUTRA (1.0833 )
35. BESUT (1.1066 )
36. JELI (1.1174 )
37. TAWAU (1.1252 )
38. BETONG (1.1263 )
39. MUAR (1.1563 )

Berikut pula adalah ranking SBP mengikut gred purata.
1. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
2. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
3. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
4. SM SAINS MACHANG (1.0411)
5. SM SAINS MIRI (1.0439)
6. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)
7. SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)
8. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)
9. SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)
10. SM SAINS TUANKU JAAFAR (1.0627)
11. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.0678 )
12. SM SAINS KOTA TINGGI (1.07)
13. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.0724)
14. SM SAINS REMBAU (1.0727)
15. SM SAINS KEPALA BATAS (1.0746)
16. SM SAINS LAHAD DATU (1.0759)
17. SBP INTERGRASI TEMERLOH (1.0761)
18. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.0817)
19. SM SAINS LABUAN (1.0829)
20. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.0893)
21. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.0939)
22. SM SAINS KUBANG PASU (1.096)
23. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.1007)
24. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.1014)
25. SBP INTEGRASI RAWANG (1.1084)
26. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.113)
27. SM SAINS KUCHING (1.1258 )
28. SM SAINS SABAH (1.1282)
29. SBP INTERGRASI BATU RAKIT (1.1447)
30. SBP INTEGRASI GOPENG (1.1464)
31. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.149)
32. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.1518 )
33. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.155)

KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Berita Harian Online: 29 Disember 2011

Selasa, 27 Disember 2011

Surat Pembaca: Bentuk sistem persekolahan negara berteraskan nilai murni, bukan pasaran

SISTEM persekolahan di Malaysia memerlukan perubahan sepenuhnya, iaitu daripada sistem mengutamakan pasaran kepada pendidikan yang mementingkan nilai moral.

Masalah pendidikan yang sedia ada berpunca daripada pemilihan pendidikan dengan matlamat yang kurang tepat. Sistem persekolahan yang lebih memberi tumpuan kepada pasaran dan pekerjaan yang akan diceburi memenuhi permintaan pasaran tanpa menitikberatkan keperluan masyarakat atau individu.

Kurikulum dibentuk oleh keperluan pasaran yang tidak semestinya bagus atau bermanfaat dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Pelajar diajar bersaing, bukan bekerjasama. Berada di depan walau dalam apa cara sekalipun menghasilkan nilai terburuk bagi ibu bapa, guru dan pelajar sendiri. Ingatlah terlalu memberi tumpuan kepada seorang pelajar yang cemerlang menurunkan taraf 49 pelajar lain sebagai mereka yang gagal. Ini lebih menjarakkan ketidaksamarataan dan menghalang akses yang setara kepada sumber pendidikan.
Kami amat menyokong gesaan dibuat Prof Dr Abu Bakar Nordin, dari Persatuan Pendidikan Malaysia, supaya sistem pendidikan semasa disemak secara menyeluruh.

Kita amat perlu menukar kepada sistem pendidikan yang mengutamakan nilai murni dan mementingkan alam sekitar di mana kanak-kanak akan belajar secara percuma dan dengan sukarela mengenai diri mereka sendiri, masyarakat dan alam dalam usaha untuk hidup secara harmoni dengannya.

Sehubungan itu, kami menyarankan pembentukan satu sistem pendidikan baru dengan memberi perhatian kepada prinsip yang berikut:

  • Matlamat pendidikan sepatutnya belajar untuk hidup secara berharmoni dan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana aman damai;
  • Sukatan pelajaran perlu termasuk mempelajari kemahiran hidup, antaranya kemahiran sosial dan emosional selain kemahiran mencari wang untuk menyara hidup;

  • Kaedah mendidik mesti menjurus kepada pembabitan diri, bukannya dengan memberikan hadiah dan menerima hukuman;

  • Infrastruktur dan kemudahan diperoleh dengan sama rata oleh semua;

  • Sistem penilaian perlu dijadikan suatu usaha murni dan membantu, bukannya dengan mengukur prestasi, membuat penghakiman dan membuat rungutan; dan

  • Memberi latihan kepada guru-guru ke arah membentuk keperibadian diri, bukan menghasilkan mesin.

    Sistem pendidikan yang baru:

    Berdasarkan prinsip dinyatakan tadi, kita akan menikmati Sistem Persekolahan Berkelompok baru berasaskan budaya, dengan memberi tumpuan kepada sahsiah kanak-kanak dan nilai murni di mana:

  • Setiap kejiranan akan memiliki infrastruktur yang penting dengan sama rata di mana setiap kanak-kanak mendapat kemudahan belajar yang sama rata juga;

  • Sukatan yang seragam di seluruh negara, yang mencerminkan pembelajaran mengenai keharmonian dalam hidup. Ia sepatutnya berasaskan komuniti dan mesra persekitaran;

  • Kaedah mengajar-belajar yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak akan dipantau dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti. Ia akan berpusat kepada menyoal diri sendiri dan menemui diri sendiri dengan meningkatkan keyakinan diri dan imej diri yang lebih tinggi nilainya;

  • Menilai tahap pembelajaran adalah suatu keperluan. Namun ia tidak sepatutnya hingga ke tahap menyusutkan pencapaian pelajar, sebaliknya akan menyediakan kanak-kanak ke arah memahami karektor individu, kepintaran, kemahiran dan sikap di samping mengetahui proses kemasyarakatan yang berlaku; dan

  • Guru adalah umpama ibu bapa yang membimbing dengan lembut anak ke arah mengenali diri mereka sendiri demi mencapai komuniti yang hidup aman damai dan mesra alam.

    SM MOHAMED IDRIS,
    Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

    Sumber: Berita Harian Online 27/12/11
  • Isnin, 12 Disember 2011

    10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak

    1. Tidak mengambil sarapan pagi
    Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

    2. Terlebih makan
    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

    3. Perokok
    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

    4. Penggunaan gula yang berlebihan
    Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5. Pencemaran udara
    Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

    6. Terlebih tidur
    Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

    7. Menutup muka ketika tidur
    Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

    8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
    Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

    9. Kurang berimiginasi
    Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

    10. Jarang berfikir
    Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


    Sumber: http://nizarazu.com/2011/11/01/10-amalan-yang-boleh-merosakkan-otak/