Halaman

Rabu, 12 Jun 2013

Membaca jana pemikiran murid

Sebahagian daripada murid SK Bandar Tasik Kesuma membaca buku dalam Program Lima Minit Membaca Bersama di sekolah itu di Beranang, Selangor, baru-baru ini.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor mengadakan Program Lima Minit Membaca Bersama untuk pupuk tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah itu, baru-baru ini.

Program itu dijalankan seawal 7.15 pagi melibatkan semua murid yang dimestikan membaca sebuah buku cerita sama ada buku bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Selama tiga hari program itu dilaksanakan, murid yang membuat sinopsis atau ringkasan buku cerita yang mereka telah baca, diberikan hadiah sebagai suatu bentuk motivasi.

Selain itu, bagi mewujudkan persikataran yang menggalakkan budaya membaca, empat sudut bacaan disedikan di dalam kawasan sekolah iaitu di Hentian Ilmu, Sudut Nur Kalam Minda, Sudut Kesuma Bestari dan Sudut Bahasa Inggeris.

Murid sekolah ini membaca di sudut bacaan yang disediakan ketika rehat dan masa sebelum masuk ke kelas pada sesi petang persekolahan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130610/pe_03/Membaca-jana-pemikiran-murid#ixzz2VwbJ9gbO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan