Halaman

Rabu, 9 September 2009

Majlis Khatam Al-Qur'an 20009

Majlis Khatam al-Qur’an Peringkat SK Pulo 2009


Tarikh : 11 September 2009 Bersamaan 20 Ramadhan 1430H


Hari : Jumaat


Tempat : Dewan Terbuka SK Pulo


Masa : 7.30 pagi


Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Kelab j-Qaf SK Pulo



SENARAI NAMA MURID KHATAM AL-QUR'AN SK PULO 2009

1MUHD SYARIEYHAN BIN SAMSUL2 MR

2 DAYANG AINZAITULLISLAM BINTI AWG RAZALI

2 MF 3 NURFATIN ATIRAH BINTI SUKIMAN 2 MF

4 SITI NURHALIZA BINTI SUMADI 2 MK

5 SITI ZAHARAH BINTI KHALIDIN 2 MK

6 MUHD ADIB BIN ZAIDI 3 MF

7 RABIATUL ADAWIYAH BT BUANG 3 MF

8 SITI NUR ZULAIKHA BT MOHD ZULKIFLI 3 MF

9 NURFITRI SHAHIRA BTE ABDUL KARIM 3 MK

10 NUR AINUL NAZIRAH 3 MK

11 DYG NABILAH HUSNA BT AWANG ZAMAHARI

3 MK 12 MOHAMED ADZHAR ZAIDI 3 MK

13 NUR ATIQAH SYAKIRAH BINTI ZAMREN 3 MK

14 AKMAL HAKIM B NORHANIZAM 4 MF

15 SITI NUR ASHYIKIN BINTI JAFARDI 4 MF

16 AWANG MOHAMMAD FAIZ B HAIRONI 4 MF

17 MUTHI'AH BT SYURIE 4 MF

18 NAZATUL ASSYIQEEN BT EILIAS 4 MF

19 NUR FADHLIN SAKINA BT NAZIT 4 MF

20 DAYANG ZUHRIYAH BT AWG ZAINUDIN 4 MF

21 SHAZLINA YUZALI RADHI 4 MF

22 MOHAMMAD AZRUL HANIF B BOHAN 4 MK

23 MOHD ZUNNUR AIN BIN LIAS 4 MK

24 MOHD.AKMAL AIMAN BIN NATU 4 MK

25 MOHD AZREEN EZANI B ARIFFIN 4 MK

26 AZMIRA FITRI ILIANA BT AZIS 4 MK

27 SABINA IZZAWANIE BT AHMAD YAHYA 5 MR

28 NUR ADILA BT ROSLAN 5 MR

29 AIREEN ARYSYA BT SAMSURI 5 MF

30 MOHD FAZLAN NIZAN B JULAIHI 5 MF

31 MOHD HAFIZIE BIN OSMAN 5 MF

32 MOHAMMAD SULIMAN BIN BORHAN 5 MF

33 NUR MAISYA BT ABDULLAH 5 MF

34 NUR SHAFINAZ BINTI OSMAN 5 MF

35 NUR ZAIMAH BT BOHAN 5 MF

36 NURUL ASMIRA BT LAN 5 MF

37 SITI NOOR CAHAYA BT BUJANG 5 MF

38 SITI NUR AZLINA JAMALUDDIN 5 MF

39 ROZALINA BT MAJID 5 MF

40 NURASYIKIN BT MARZUKI 5 MF

41 NORAININA BINTI ADAM 5 MF

42 ANNUAR B IBRAHIM 5 MH

43 MAS-NORAISYA BINTI ABDUL SHUKOR 5 MH

44 ATIQAH SAFAWATI BT IDRIS 5 MK

45 IZZAH AMIRAH BINTI ISMAIL 5 MK

46 MOHD IZZAT ISKANDAR B HASBULLAH 5 MK

47 MOHD KHAIRUDDIN FATHI BIN KAMRI 5 MK

48 MOHD KHAIZUL HARZIZI BIN BORHAN 5 MK

49 MOHD RAIF B MAHIDEN 5 MK

50 MUHD. AIMAN FITRI 5 MK

51 NORMAH B SHARKAWI 5 MK

52 NUR AFARISHA BT ALI 5 MK

53 NUR ASYIQIN BINTI ABDUL GANI 5 MK

54 NUR AZIELA BT JAMALUDDIN 5 MK

55 NUR ELISHA BT HASMADI 5 MK

56 NUR HAFIZAH BT HAZIMIN 5 MK

57 NUR RAHIMIN BIN RAHIM 5 MK

58 NUR SYAFIKA BT HAMDAN 5 MK

59 NUR SYAFIQAH BT ISKANDAR ZULKARNAIN

5 MK 60 NURKHADIJAH MISLAN 5 MK

61 NURRIFHAN ALIAA BT ROSLI 5 MK

62 SITI HAZRATUL NADIA 5 MK

63 YASMIN FATIN BINTI OSMAN 5 MK

64 NUR SYAFIQAH BT YUSUF 6 MR

65 NURUL FARHANA BT. BUSMAN ABANG 6 MR

66 NORAWAL BT. MOHAMAD FATHI 6 MF

67 ANIQ NAQUIDDIN B. JEMALI 6 MK

68 ATIQAH BT. DOLLAH 6 MK

69 AHMAD TARMIEZI BIN JESTI 6 MK

70 DAYANG MURFIQAH BT. AWANG MOHAMAD

6 MK 71 ERNA NURSHALIAZATI BT. OTHMAN 6 MK

72 IZZAHRULTAQWA BT. SHAMRI 6 MK

73 NORAINI BT. SUMADI 6 MK

74 NUR ANIZAH BT. BOLKI 6 MK

75 NUR QAMARINA BINTI DULLAH 6 MK

76 NURULFATIN NASUHA BT. AHAMAT 6 MK

77 RABIATULASIKIN BT. HASSAN 6 MK

78 ABDUL RAZAK B. HAMDAN 6 MK

79 NUR HAZIQAH ARINA BT NOOR AZLI 6 MK

Ahad, 6 September 2009

Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

  • Over Confident
  • Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
  • Tulisan yang tidak kemas
  • Tergesa-gesa
  • Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
  • Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
  • Panik yang tidak terkawal
  • Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
  • Tidak urus masa dengan betul
  • Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
  • Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
  • Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah

Tips Menghadapi Peperiksaan di Bulan Ramadan.

1. Bangun Tidur Awal 30 Min sebelum Imsak atau lebih awal. (bersih diri, ambil peluang lakukan solat sunat hajat )
2.Melewatkan Bersahur : Ketika bersahur makan seperti biasa, utamakan mengambil makan berkhasiat, jangan lupa makan kurma dulu sebelum makan nasi. (JANGAN TIDUR lepas bersahur)
3. Soalat Fardu Subuh, Berdoa (JANGAN TIDUR lepas solat)
4. Baca Quran mengikut kadar yang sesuai.
5. Ambil peluang buat ulangkaji secara, melihat-lihat sambil lalu, santai, lihat gambarajah, kata kunci, peta minda, rumus dan tips pesanan guru,
6. Bersiap untuk ke sekolah. Pastikan kelengkapan pepreriksaan telah dibawa
7. Mohon restu ibu bapa
8. Baca doa keluar rumah. (Ke sekolah jangan terlalu awal dan terlalu lewat.. ikut nasihat guru)
9. Sampai sekolah tak perlu berbincang, perlu bertenang, banyakkan berdoa / selawat
10. Elakkan bergurau / bercakap yang tidak berkaitan
11. Sentiasa memberi perhatian arahan guru
12. Ikut aktiviti yang telah disusun oleh guru, duduk baca doa,
13. Isikan masa terluang dengan mengimbas, melihat, menyemak nota, secara ringan....jika ada
14. Letakkan nota / bahan yang dibawa titempat yang sesuai... tinggalkannya...
15. Teruskan bertenang...
16. Beratur di luar dewan setelah di arahkan....
17. Bertawakal dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH,
18. Bisikkan kepada diri , Insya Allah aku akan dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut kehendak soalan....
19. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan didahului kaki kanan dan penuh tenang.....

Tips menjawab Soalan Objektif @aneka pilihan

Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

1. Baca kalimah Basmallah.
2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna
7. Jika tersalah PASTIKAN padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baru.
8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas JOB. Jika pilihan jawapan A, pastikan hitamkan A di kertas JOB.
9. Semak semula jika telah selesai menjawab.
10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak kekalkan dengan pilihan ASAL.
11. Tawakal kepada Allah jika masa menjawab telah tamat.

Tips Penting.

1. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut)
2. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu / senang
3. Langkah ini dapat menjimatkan masa.
4. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab
5. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

Pesanan Penting

1. Sentiasa peka dengan MASA.
2. Pastikan kamu menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya.
3. Jangan lakukan aktiviti lain selain dari memberikan tumpuan kepada menjawab soalan seperti, MELUKIS, TIDUR, Ke tandas tanpa tujuan..
4. Hargailah peluang yang diberikan kepada kamu....

Khamis, 3 September 2009

Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010

Assalamualaikum...
Perhatian kepada guru2 yang hendak berpindah antara negeri....jangan lupa memohon ya...


Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2009.

PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan

Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ANDA