Halaman

Ahad, 22 April 2012

Program Mentor Mentee 2012

Program Mentor-Mentee SK Pulo 2012 telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Pulo En. Mohd Zain bin Bujang semalam. Program ini melibatkan semua murid tahun 6 dan semua guru. Antara objektif utama program ini diadakan ialah:

Peranan Mentor
1. Membina hubungan mesra dengan mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada mentee iaitu dari aspek pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi mentee yang mengganggu pelajaran.
4. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa mentee.

Peranan Mentee
1. Menghadiri perjumpaan dengan mentor untuk membincangkan perkembangan pelajaran.
2. Melaporkan keputusan ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatkan prestasi.
3. Membincangkan apa jua masalah.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada mentor dengan hati yang terbuka bertujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan mentee untuk sama-sama memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan