Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

e-GTukar untuk pertukaran Januari 2012


Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.


Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan. 

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tahniah Ustz Normayuzee bt Mohamad



Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Ustazah Normayuzee bt Mohamad yang akan melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2012. Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

Isnin, 13 Ogos 2012

Perjumpaan Murid Tahun 6

Isnin, 13 Ogos 2012 - Satu perjumpaan dengan semua murid tahun 6 telah diadakan pagi tadi. Majlis dihadiri oleh tuan Guru Besar, Penolong Kanan dan sebahagian besar guru yang mengajar tahun 6.






























Jumaat, 10 Ogos 2012

Sumbangan Aidilfitri dari Pos Malaysia

Pada pagi tadi telah berlangsungnya penyampaian sumbangan oleh pihak Pos Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh Puan Sarinah bt Rashidi, selaku wakil Penerapan Nilai Islam Pos Malaysia Berhad, Sarawak. Seramai 20 orang murid yang terdiri dari anak-anak yatim SK Pulo menerima sumbangan tersebut. Diharap dengan sumbangan ini, hari raya penerima sumbangan akan lebih bermakna.

Untuk lebih gambar, sila klik disini.