Halaman

Jumaat, 8 Mei 2009

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON B KUCHING

Tautan kasih antara inang, joget dan zapin merupakan antara tarian tradisional masyarakat Melayu. Ia biasanya dipersembahkan pada musim perayaan atau dalam sesuatu majlis keramaian. Ia ditari mengikut rentak yang sesuai. Ia menggambarkan pergaulan pemuda-pemudi yang penuh dengan kemesraan dan kesopanan. Ia disulami dengan pelbagai usikan. Gadis Melayu bermain seremban,
Pandai menari berdondang sayang,
Tarian Melayu kami persembahkan,
Warisan peninggalan nenek moyang.
Begitulah antara sinopsis persembahan tarian dari SK Pulo dalam pertandingan tarian sekolah-sekolah rendah Zon B Kuching. Pertandingan yang diadakan selama dua hari ini bermula pada 6 hingga 7 April 2009.
Sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Pulo, SK Santubong, SK Salak, SK Tabuan Hilir, SK Semariang, SK Gita, SK Gita 2, SK Buntal, SK Rakyat Tupong, SK Encik Buyong, SK Pajar Sejingkat, SK Semerah Padi, SK Astana, SJK Chung Hua Pending dan SK Goebilt. Setia pasukan wajib mempersembahkan dua kategori tarian tradisional iaitu;
1. Tarian Tradisional Daerah.
2. Tarian Rampaian Tradisional.
SK Pulo telah mempersembahkan dua jenis tarian iaitu;
Kategori : Etnik Bidayuh
Tema : Temasya Menghalau Kejahantan.
Kategori: Rampaian Inang, Joget dan Zapin.
Tema: Tautan Kasih Dua Merpati.
Walaupun menunjukkan persembahan yang hebat, tapi agak malang kerana SK Pulo tidak mendapat tempat dalam pertandingan ini. Keputusan keseluruhan ialah;
Pertama : SK Encik Buyong
Kedua : SK Santubong
Ketiga : SK Pajar Sejingkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan