Halaman

Ahad, 17 Mei 2009

FAREWELL PARTY

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Hotel Grand Continental pada malam tadi. Majlis tersebut diadakan sebagai satu penghargaan daripada pihak sekolah kepada tiga orang guru yang telah berpindah di tempat baru. Mereka yang diraikan ialah En. Abdollah bin Hj. Bujang (SK Mejar Jeneral Ibrahim), En. Mustapha bin Hj. Imbun (SK Rantau Panjang), dan Pn. Hasmah bt. Hussin (SK Senari). Majlis yang diadakan secara sederhana tapi meriah itu turut dihadiri YDP PIBG SK Pulo, Tn. Hj. Othman bin Anggas.

Dalam ucapannya, Pn. Hasmah menyatakan bahawa SK Pulo tetap 
berada di hatinya walaupun telah beberapa bulan meninggalkan
SK Pulo. Menurut En. Abdollah pula, beliau menyatakan persekitaran yang berbeza di sekolah baru kerana berhadapan dengan anak-anak tentera. Situasinya mungkin berbeza tapi tugas seorang guru tetap sama. Adalah diharapkan agar ketiga-tiga orang guru ini dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan karaoke oleh beberapa orang guru termasuk Pn. Hasmah dan En. Awang Kassim. Cabutan bertuah kepada guru-guru bertuah juga turut diadakan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan