Halaman

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru SK Pulo 2009


Seperti kebanyakan sekolah lain di Malaysia, SK Pulo tidak terkecuali dari menyambut hari guru pada tahun ini. Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa", ianya disambut secara sederhana tetapi meriah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan Terbuka SK Pulo.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Selepas bacaan doa oleh us. Syed Zariman, majlis diteruskan dengan ucapan wakil ketua murid (adik Atiqah bt Dollah), bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn. Saniah bt Hj. Osman (PK), dan seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Jamaluddin b. Hj. Lamat.

Kemudian semua guru naik ke pentas untuk melafazkan ikrar guru yang diketuai oleh En. Mohtar bin Ali. Acara diteruskan dengan koir Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang, Lagu tema Hari Guru 2009 (Guru Pembina Negara Bangsa).

Sebagai tanda penghargaan terhadap guru, murid-murid turut mengadakan persembahan Tarian Rampai, Nasyid, Action Songs, Choral Speaking, Poco-poco, Sketsa dan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu.

Sebelum murid-murid menyampaikan cenderahati terhadap guru-guru yang dikasihi, acara pemotongan kek turut diadakan. Kek pada tahun ini ditaja oleh IKA FOOD SDN. BHD. Acara diakhiri dengan sukaneka ayam bertelur, kapal terbang kertas, tiup belon dan Ratu/Raja Hari Guru. Sesungguhnya sambutan Hari Guru amat bermakna buat guru-guru kerana pada hari ini mereka rasa dihargai oleh murid-murid. Begitu juga dengan murid-murid yang tentunya ikatan kemesraan terus dipupuk antara mereka dan guru. Nantikan gambar-gambar menarik di entry seterusnnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan