Halaman

Khamis, 28 Mei 2009

Selamat Bercuti...


Mulai esok, cuti pertengahan semester akan bermula  (negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah bermula hari ini). Di sini, penulis mewakili semua warga SK Pulo ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru2 dan murid2 di SK Pulo khususnya dan di Malaysia amnya. 




Untuk guru2, mungkin masa cuti selama 2 minggu ini diisi dengan menyemak kertas2 ujian. Bagi guru2 dari semenanjung pula, inilah masa yang amat dinanti-nantikan untuk bersama dengan orang tersayang. Selamat menaiki belon buat Us. Roslan, Ustz. Suziana, Ustz. Ira Nurlaili, dan Ustz. Aidah. Khusus untuk Ustz. Siti Zaleha, selamat berkursus di IPTAR (KPLI SR LPBS j-QAF). Buat yang terbaik ok...



Buat Ustz. Fauziah dan cikgu Nur Syazareena, hari ini merupakan hari terakhir mereka bersama warga Pulo. Ini adalah kerana perkhidmatan mereka sebagai GSTT menggantikan Us. Norhanizam dan cikgu Dayang Salbia telah berakhir hari ini. Buat mereka berdua, terima kasih daun kelai. Jangan serik2 menjenguk kami lagi.

Akhir sekali buat semua guru2 yang terlibat secara langsung dengan projek Beyond Borders (Projek Matematik), selamat menjalankan tugas anda. Semoga tahun ini SK Pulo akan tersenarai dalam tiga pasukan terbaik untuk projek tersebut. Ameen...

Insya Allah dipanjangkan umur, kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan