Halaman

Isnin, 27 April 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM



Pada 9 April baru-baru ini, satu pertandingan kawad kaki Badan Beruniform peringkat zon B Bahagian Kuching telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Semariang. Tuan rumah dan juga juara bertahan, SK Gita telah mengungguli 2 kategori iaitu johan kategori NGO lelaki dan johan kategori NGO perempuan.
SK Pulo buat julung kalinya telah menyertai pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua bagi kategori NGO perempuan. Seramai 31 orang ahli pengakap dari SK Pulo menyertai pertandingan tersebut yang diketuai oleh adik Azrin Fitri Iziana bt Azis. Berikut ialah keputusan penuh pertandingan tersebut.
KRS Lelaki
SK Bandar Semariang - Johan
SK RPR Jalan Astana - Naib Johan
KRS Perempuan
Tiada Pemenang
NGO Lelaki
SK Gita (Pengakap) - Johan
SJKC Chung Hua (Pengakap) - Naib Johan
NGO Perempuan
SK Gita (Pengakap) - Johan
SK Pulo (Pengakap) - Naib Johan
SK(A) DAKH (Tunas Puteri) - Ketiga



Tiada ulasan:

Catat Ulasan