Halaman

Isnin, 15 Jun 2009

Selamat Kembali Sekolah


Setelah 2 minggu bercuti, warga SK Pulo kembali ke sekolah seperti biasa pada hari ini. Kelas dijalankan seperti biasa dimulakan dengan perhimpunan pagi. Para guru sibuk mengembalikan kertas ujian dan mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Guru kelas tentunya orang yang paling sibuk untuk "key in" markah ke dalam komputer dan buku rekod persediaan. Itulah lumrah guru kelas yang kerjanya tak habis-habis sepanjang tahun.


Sebelum bercuti baru-baru ini, dua orang murid telah mewakili sekolah untuk Pertandingan Story Telling dan Public Speaking. Adik Nurul Aina Athirah dari kelas 4 Makruf telah mendapat tempat ketiga dalam Story Telling yang telah diadakan di Santubong. Sementara adik Nor Hafizah dari 6 Mubarak juga mendapat tempat ketiga dalam Public Speaking yang diadakan di SK Gersik. Sementara itu, pasukan tarian Pra Sekolah SK Pulo mendapat tempat kedua dalam pertandingan tarian yang diadakan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga warga Pulo akan terus mendapat kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan