Halaman

Jumaat, 2 Oktober 2009

Rehearsal Program RIMUP - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009

Pada pagi tadi telah diadakan rehearsal untuk ProgramRIMUP - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009. Majlis akan berlangsung pada pagi esok.
Tempat : Dewan Terbuka SK Pulo
Masa : 7.30 pagi

Objektif Program RIMUP
1. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa membudayakan integrasi nasional dalam kehidupan
seharian.
2. Memupuk perpaduan dan mengamalkan prinsip perpaduan untuk seluruh warga sekolah.
3. Meningkatkan kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni dalam merealisasikan perpaduan
sebagai panduan hidup.
4. Melahirkan generasi 1Malaysia.

Pengisian Program RIMUP
1. Menjemput 5 orang murid pelbagai bangsa dari sekolah zon B.
2. Persembahan kebudayaan pelbagai masyarakat di kalangan rakyat Malaysia.
3. Murid digalakkan memakai pakaian tradisional mengikut keturunan dan bangsa masing-masing.
4. Diakhiri dengan Rumah Terbuka mengikut budaya masyarakat Melayu dan seorang tokoh
RIMUP akan dinobatkan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan