Halaman

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

KUALA LUMPUR, 9 Sept - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam tadi. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya. Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Warga SK Pulo mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Terima kasih atas sokongan anda terhadap blog ini. Alhamdulillah, blog ini telah mencapai hits pelawat ke angka lebih 10k. Teruskan sokongan anda.

Salam Lebaran dari Admin
Felda Kemahang 3
Tanah Merah, Kelantan
9 September 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan