Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2012

PERMOHONAN ONLINE
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
TAHUN 2012
Rabu, 17 Ogos 2011

PENGENALAN

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Hadiah Latihan Persekutuan
Peringkat KedoktoranPeringkat Sarjana
HLP AmHLP Am
HLP IPGHLP IPG

PERHATIAN :-

Bagi Program HLP(IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPG) sahaja yang layak memohon. Pegawai yang berkhidmat di IPG tidak layak untuk memohon HLP(Am).



PENGENALAN

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai juga harus mengambil maklum bahawa segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
Peringkat KedoktoranPeringkat Sarjana
CBBP TB AmCBBP TB Am
CBBP TB IPGTiada Tawaran

PERHATIAN :-

Bagi Program CBBP TB(IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPG) sahaja yang layak memohon. Pegawai yang berkhidmat di IPG tidak layak untuk memohon CBBP TB(Am).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan