Halaman

Ahad, 5 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul JAKASEH 1433H


Sambutan Maulidur Rasul anjuran JAKASEH dan pusat khidmat ahli parlimen Santubong telah diadakan pada pagi tadi bertempat di SK Pulo Kuching. Antara yang turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, YB Abdul Rahman Junaidi dan YB Dr. Hazland Abang Hipni.


Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Us. Norhanizam bin Mohd Tajuddin. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari dua kumpulan iaitu kumpulan nasyid SK Gersik dan gabungan kumpulan nasyid SK Pulo bersama dengan remaja harapan.


Bersempena dengan sambutan ini diadakan juga pertandingan hadrah dan sepanduk. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu sekolah dan tadika, surau atau kampung dan NGO. Berikut adalah keputusan pertandingan.

Sepanduk kategori sekolah.
1. SMK Tun Abang Haji Openg
2. SK Pulo
3. Tadika Kemas Kpg. Pulo Ulu

Sepanduk kategori surau
1. Kpg. Pulo Ulu
2. Kpg. Bintawa Ulu
3. Kpg. Semarang

Hadrah
1. Kpg. Panglima Seman Ulu
2. Kpg. Pulo Ulu
3. Kpg. Pulo Hilir

Diharap program ini bukan semata-mata meriah dengan pertandingan tetapi berharap agar dapat menanam kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Lagi gambar-gambar menarik di page SK Pulo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan