Halaman

Ahad, 13 Mac 2011

Pertukaran Guru Antara Negeri, Dalam Negeri dan Antara Daerah Jun 2011

Dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi Pertukaran Jun 2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-

  1. http://www.moe.gov.my atau
  2. http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUP time base) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran. Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan Excel) yang boleh diperolehi dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN/Bahagian untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan guru bagi Jun 2011 juga hanya dibuka untuk kes-kes Permohonan Pertukaran seperti berikut:

i Mengikut suami/isteri yang telah berada di negeri yang dipohon.
ii Ancaman keselamatan (disertakan laporan polis).
iii Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan
daripada doktor pakar kerajaan).
(* Bagi kes ii dan iii, sila serahkan laporan polis atau laporan kesihatan
kepada JPN)

Oleh sebab permohonan pertukaran guru adalah sepenuhnya melalui on-line, sila pastikan data anda dikemaskini oleh Guru Maklumat/Penyelaras e-GTukar melalui laman web e-operasi (http://apps.emoe.gov.my/eoperasi) mulai 1 hingga 27 Mac 2011 untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan opsyen di tempat yang dipohon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan