Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Takziah - Allahyarhamah Pn. Sharifah Fauziah Syed Mahjar

Pn. Saniah membuat pengumuman
pemergian allahyarhamah

Murid2 bersedia untuk bacaan Yasin

Allahyarhamah Pn. Sharifah Fauziah Syed Mahjar

SK Pulo telah kehilangan seorang guru yang berpengalaman pada pagi tadi. Pn. Sharifah Fauziah bt Syed Mahjar telah kembali ke rahmatullah kerana menghidapi kanser. Warga Pulo mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarhamah atas pemergian beliau. Beliau merupakan bekas guru Pemulihan Khas SK Pulo.

Pada pagi tadi, semua warga SK Pulo telah sama-sama membaca Yasin dan berdoa untuk dihadiahkan kepada allahyarhamah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.

Sebagai menghormati pemergian beliau, seluruh aktiviti pada petang tadi dibatalkan. Ini termasuklah kelas bimbingan, kelas KAFA dan Tasmik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan