Halaman

Sabtu, 16 Julai 2011

Kem Bestari Solat 2 Tahun 4 2011

Kem Bestari Solat 2 Tahun 4 telah berjaya diadakan pada pagi tadi. Kem bermula pada jam 7.30 pagi. Pada kali ini, penyelaras Kem Bestari Solat SK Pulo, Ustazah Ira Nurlailie bt Ismail telah merancang kem berbentuk Explorace. Alhamdulillah, kem tersebut berjaya diadakan dengan jayanya.

Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Selepas pembahagian kumpulan, peserta dibawa oleh fasi masing-masing ke tempat pilihan mereka. Di sini, fasi akan menerangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan KBS tahun 4 diikuti latih tubi bacaan. Antara bacaan yang ditekankan ialah tahiyyat awal dan akhir serta doa Qunut.

Selepas rehat, explorace dimulakan. Kesemua kumpulan perlu melalui 5 stesen. Setiap stesen mereka akan dibekalkan dengan tugasan.

Stesen Pertama - Peserta diminta menulis cara-cara berwudhuk dengan betul. Kemudian, mereka diminta untuk menunjukkan cara berwudhuk.

Stesen Kedua - Peserta diminta untuk mencari perkataan sembunyi (teka silang kata).

Stesen Ketiga - Peserta diminta mencantumkan gambar menjadi gambar yang lengkap.

Stesen Keempat - Peserta diminta untuk membaca bacaan dalam solat secara berkumpulan.

Stesen Kelima - Peserta diminta melukis poster (bacaan pendek dalam solat).

Kem diakhiri dengan solat Zohor berjamaah. Secara keseluruhan, peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang tinggi kerana hadiah disediakan kepada kumpulan yang berjaya mencatat markah tertinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan