Halaman

Jumaat, 11 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Part 2

Aktiviti Sempena Maulidur Rasul pada Jumaat 11/2/2011

Pertandingan Mewarna untuk Prasekolah dan Tahap 1



Khamis, 10 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Part 1

Panatia Pendidikan Islam dan j-QAF menganjurkan beberapa aktiviti sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara objektif utama penganjuran sambutan ini ialah untuk menanam kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Sambutan yang bertemakan Rasul Dijunjung, Islam Disanjung itu bermula pada 10/02/2011 hingga 18/02/2011. Antara aktiviti yang telah dan akan diadakan ialah pertandingan menulis khat (Tahun 6), teka silangkata berasaskan Sirah Nabi (Tahun 5 dan 4), pertandingan mewarna (Tahap 1), ceramah dan perarakan. Semoga dengan aktivit seperti ini dapat mendekatkan lagi murid-murid dan guru terhadap Rasulullah SAW.

Aktiviti hari ini 10/02/2011 (Khamis)
1. Menulis Khat
2. Teka Silangkata
3. Mencari Perkataan Tersembunyi

Add Image

924 guru besar terima insentif RM7,500

PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah), demikian diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.

Katanya, senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan kemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

"Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. InsyaAllah saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Mohd Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin mengumumkan Tawaran Baru itu tahun lalu sebagai satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang menawarkan ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah melepasi sasaran ditetapkan kementerian.

Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, seramai 14 orang dikenal pasti untuk menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah bagi mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan menambah baik kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pakar sejarah termasuk pensyarah universiti, wakil-wakil persatuan serta individu berkelayakan dalam pengajian sejarah dan mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat.

"Kita nak pastikan pelajar-pelajar kita memahami bukan sahaja sejarah negara tetapi juga sejarah serantau, antarabangsa dan tamadun-tamadun lain. Maka sudah sampai masa kita meneliti semula (kurikulum sejarah).

"Ini mengambil masa kerana kita nanti akan adakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dan masyarakat yang berminat selepas jawatankuasa ini mengemukakan draf pandangan mereka tentang kurikulum pembelajaran sejarah akan datang," katanya.

Muhyiddin berkata, tidak semestinya akan berlaku perubahan besar terhadap kurikulum sejarah sedia ada, cuma mengambil kira perkembangan baru yang mungkin perlu dimasukkan dalam kurikulum mata pelajran itu.

Mengenai penarikan semula 400,000 Buku Teks Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 kerana mengandungi pelbagai kesalahan, Muhyiddin berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengeluarkan buku teks baru bagi menggantikannya.

Beliau berkata, sementara buku teks baru itu diedarkan, pembelajaran mata pelajaran itu akan diteruskan dengan menggunakan mana-mana bahagian buku lama itu yang boleh digunakan.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, secara keseluruhannya beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan pencapaian kementerian sepanjang tahun lalu yang berjaya mencapai sasaran terutama dalam bidang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Tawaran Baru, Program Literasi dan Numerasi (Linus) dan Prasekolah.

Beliau berkata, daripada segi SBT, 30 buah sekolah lagi akan diiktiraf tahun ini, sementara saringan ketiga program Linus, iaitu program yang mengenal pasti tahap kemahiran dan numerasi murid dan melakukan usaha intervensi untuk membantu murid yang gagal menguasainya, mendapati seramai 85 peratus murid Tahun Satu menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi.

Tahun lalu menyaksikan 20 sekolah diumumkan sebagai SBT.

Daripada segi pendidikan prasekolah, seramai 701,114 murid prasekolah didaftarkan tahun lalu, iaitu pertambahan 54,700 murid berbanding 646,575 pada tahun sebelumnya, hasil daripada pembukaan kelas-kelas baru termasuk oleh pihak swasta iaitu sebanyak 625 buah.

"Tahun ini kita tetapkan sasaran lebih tinggi untuk keempat-empat perkara terbabit," katanya. - BERNAMA

Rabu, 2 Februari 2011

Bahasa negara sendiri berkesan guna mendidik

Pihak mahu kekal PPSMI tak yakin keupayaan bahasa Melayu

SERUAN sekumpulan ibu bapa kepada kerajaan bagi kali ketiga setelah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI diumumkan pada Julai 2008, untuk diberi pilihan agar bahasa Inggeris terus digunakan dalam mengajar dua mata pelajaran itu di sekolah kebangsaan, boleh diinterpretasikan sebagai tindakan yang tidak meyakini kemampuan bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi. Ia juga boleh dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

Kumpulan ibu bapa ini juga menyerahkan kepada kerajaan petisyen berserta dengan 10,000 tandatangan, yang menyokong PPSMI dibenarkan terus wujud di sekolah kebangsaan tertentu, sekiranya ia dimohon oleh sebahagian besar ibu bapa. Mereka juga menyeru agar sekolah menengah tertentu dikhaskan untuk terus mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, setelah dua mata pelajaran itu dipelajari dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Sekolah yang dicadangkan ini turut diberikan nama, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan 1Malaysia. Dengan menggunakan nama 1Malaysia, mengambil panggilannya daripada Gagasan 1Malaysia, kumpulan ini mahu kerajaan menyedari bahawa ia perlu mendahulukan rakyat, seperti janji pada slogan yang selalu dilaung-laungkan oleh kerajaan – ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’

Selain petisyen, kumpulan ini menyerahkan memorandum yang mengandungi hujah penting, ekoran daripada perbincangan dalam tiga forum yang bertajuk A Discourse on Malaysia Education Policies – Science and Math in English as an Option, yang sudah tentu dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Forum ini yang diadakan di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur dilaporkan mendapat sambutan baik daripada rakyat, sehingga mereka perlu didahulukan mengikut semangat Gagasan 1Malaysia.

Hasrat dan seruan untuk mengembalikan PPSMI di sekolah tertentu, seperti yang dinyatakan oleh kumpulan ini, adalah untuk memberi murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah pendidikan yang terbaik mungkin dan dalam bahasa yang paling sesuai pula. Dengan ini, ibu bapa berkenaan berkata bahawa mereka tidak sekali-kali menentang Dasar Memartabatkan Bahasa Inggeris, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI), yang digubal untuk menggantikan PPSMI, khususnya dalam meneruskan kepentingan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara.

Apa yang mereka mahu ialah diberi pilihan, seperti yang berlaku pada sekolah vernakular yang dibenarkan mengajar dua mata pelajaran itu dalam bahasa etnik tertentu. Sehubungan ini, kebenaran menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil, adalah selari dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Inggeris yang tidak pun bahasa etnik mana-mana kaum di Malaysia, boleh dilihat sebagai tidak ada sebarang kaitan dengan peruntukan ini. Justeru perbandingan bahasa Inggeris dengan bahasa etnik sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular, didapati tidak berasas dalam tuntutan kumpulan ini.

Persoalan utama yang timbul daripada hasrat dan seruan kumpulan ini, yang dikatakan disokong oleh ramai ibu bapa di seluruh Malaysia, adalah mereka tidak yakin kepada kemampuan bahasa Melayu untuk memajukan bangsa dan negara Malaysia, setelah negara melaksanakan PPSMI selama tujuh tahun, iaitu dari 2003 sehingga 2010. Sehubungan ini, PPSMI didapati memudaratkan banyak murid dan pelajar di seluruh Malaysia.

Dasar MBM-MBI yang menggantikan PPSMI dan mula berkuat kuasa pada 2011, ikut tidak diyakini mereka, walaupun mereka menafikan hakikat ini. Pengakuan ibu bapa ini bahawa mereka mahu yang terbaik untuk pendidikan anak mereka, dan yang disampaikan dan diterima pula dalam bahasa yang paling sesuai dengan anak mereka, adalah satu penghinaan terhadap pendidikan di sekolah kebangsaan, yang diajar dan dipelajari dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa negara kita!

Model penggunaan bahasa negara sendiri untuk memajukan rakyat dan negara, bukan sesuatu yang baru, dan dipilih oleh hanya Malaysia. Model ini telah terbukti kejayaannya di merata tempat. Dalam hal ini, Rusia yang menggunakan bahasa negara sendiri, didapati mampu menandingi banyak negara besar yang lain, sehingga menjadi peneraju yang tiada tolok bandingnya dalam bidang sains angkasa.

Jerman juga menggunakan bahasa negara sendiri dan amat dikenali sebagai berjaya dalam bidang automobil. Beberapa jenama besar kereta di dunia adalah hasil keluaran Jerman. Finland yang juga menggunakan bahasa negara sendiri, berjaya memajukan rakyatnya sehingga berhasil mengeluarkan telefon bimbit yang paling popular di dunia di bawah jenama Nokia.

Di rantau ini, Jepun dan Korea yang bangga sekali dengan penggunaan bahasa negara sendiri untuk mendidik anak bangsa, didapati amat berjaya dalam bidang teknologi. Thailand yang menggunakan bahasa negara sendiri, iaitu bahasa Thai, disegani oleh jirannya di rantau ini dalam bidang teknologi pertanian.

Perbandingan dengan semua negara ini, dikatakan oleh sesetengah pihak yang menyokong PPSMI diteruskan, adalah tidak adil. Ini adalah kerana semua negara ini memiliki sejarah yang jauh lebih lama daripada Malaysia, yang hanya berusia 54 tahun pada 2011. Hujah tempoh lama, yakni dalam pengertian sejarah negara yang ratusan tahun itu, dan pengembangan bahasa negara yang begitu lama, perlu ikut diguna pakai dalam kes Malaysia dan bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa negara, lebih-lebih lagi sebagai bahasa ilmu, dalam tempoh ratusan tahun, mulai 1957 sehingga 3030 misalnya, sudah tentu berjaya bukan saja mengembangkannya, tetapi lebih penting berhasil memantapkannya dalam apa jua domain pemakaian, khususnya yang berkaitan dengan budaya tinggi.

Dasar MBM-MBI perlu disambut dengan baik oleh rakyat dalam bentuk sistem persekolahan yang sedia ada, dan bukannya dengan pertambahan bentuk baru, misalnya Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan 1Malaysia. Sistem pendidikan yang wujud kini dengan pelbagai jenis/aliran, tidak perlu dikusutkan lagi. Secara unggulnya, Malaysia hanya memerlukan satu jenis sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa negara sendiri, iaitu bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantar.

Dengan pelaksanaan yang berkesan, Dasar MBM-MBI mampu menghasilkan anak bangsa yang bukan saja menguasai bahasa Melayu selaku bahasa negara, pada tahap yang baik, tetapi lebih penting lagi adalah anak bangsa yang bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara ini. Pada masa yang sama, mereka ikut berjaya menguasai bahasa Inggeris, iaitu bahasa antarabangsa yang penting, dengan baik sekali.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

Berita Harian Online 2/2/2011

Info Ringkas En. Mohd Zain b Bujang (GB)


Pengalaman Bertugas

1980 - 1996
Guru biasa di samping memegang jawatan Penolong Kanan dan PK HEM di SMK Simunjan No. 2, Simunjan

1997
PK 1 dan memangku jawatan Guru Besar di SK Padang Pedalai, Simunjan

1998 - Mei 2001
Guru Besar SK Landeh, Kuching

Jun 2001 - Nov 2006
Guru Besar SK Bako Kuching

Dis 2007 - Nov 2010
Guru Besar SK Pasir Pandak, Kuching

Dis 2010 - Sekarang
Guru Besar SK Pulo, Kuching

Pendidikan/Ikhtisas
- MCE
- Maktab Perguruan Batu Lintang (kini IPG), Kuching (1978 - 1979)
- Ijazah Sarjana Muda ( Educational Managemanet) UiTM.

Isnin, 31 Januari 2011

Birthday : Dis 2010 & Jan 2011

Selamat menyambut hari lahir kepada staff yang menyambut hari lahir pada bulan Disember dan Januari. Berikut ialah mereka yang telah diraikan pada hari ini.

Disember
1. En. Suria b Ebon
2. Pn. Napsiah bt Eddie
3. En. Mohtar b Mohammad Ali
4. Pn. Rokiah bt Dawil
5. Pn. Norleia bt Mos
6. Ustz. Nor Mayuzee bt Mohammad
7. En. Hedzir b Hj. Budin
8. En. Paisar Ajulah

Januari
1. Pn. Rina Azizi bt Ali
2. Pn. Rogayah bt Awie
3. Pn. Dayang Salbia bt Awg Saed
4. En. Mohd Zain bin Bujang
5. Pn. Rokayah bt Taha
6. Pn. Hajah Fatimah bt Hj. Ibrahim

Warga pulo mendoakan semoga mereka dipanjangkan umur dalam kebaikan, mendapat rezeki yang melimpah ruah, dan kebahagiaan yang berpanjangan.



Sabtu, 29 Januari 2011

'Cuai saring buku teks BI'

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/01/29

MURID Tahun Satu, Mohamad Amir Danishm dan Muhd Iskandar Roslan melihat buku teks English Year 1 Sekolah Kebangsaan yang ditarik semula.
MURID Tahun Satu, Mohamad Amir Danishm dan Muhd Iskandar Roslan melihat buku teks English Year 1 Sekolah Kebangsaan yang ditarik semula.
Panel penilai perlu kena penalti

KUALA LUMPUR: Panel penilai buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan perlu dikenakan penalti kerana cuai sehingga menyebabkan hampir 400,000 buku teks Bahasa Inggeris (BI) itu ditarik semula.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sependapat bahawa kecuaian itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan integriti Kementerian Pelajaran dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.
Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu lebih berhati-hati dalam memilih panel penilai pada masa akan datang bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang serta mengelak ibu bapa berasa was-was dengan buku teks yang dikeluarkan kementerian.

“Penalti perlu dikenakan kepada panel penilai kerana ternyata tidak bertanggungjawab dalam menyaring buku teks berkenaan, sekurang-kurangnya dikenakan surat tunjuk sebab supaya boleh dijadikan iktibar pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh hanya menerima kecuaian ini sebagai kesalahan manusia kerana yang menanggung akibatnya nanti adalah anak-anak,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Kementerian Pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan. Bagaimanapun, ia hanya disifatkan sebagai kesilapan manusia yang terlepas pandang kerana sudah disaring panel penilai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, pihaknya yakin guru Bahasa Inggeris Darjah Satu dapat menangani situasi pengajaran dengan baik dengan turut merujuk kepada buku teks lain sementara menunggu buku teks baru tiba.

“Bagaimanapun, panel penilai buku teks itu tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka mungkin mempunyai beban tugas lain,” katanya.

Berita Harian 29/1/2010

Sabtu, 22 Januari 2011

Hadiah Latihan Perseketuan Peringkat Sarjana dan Kedoktoran 2011

Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu) hingga 18 Februari 2011 (Jumaat).

Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm . Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.

Sekian, terima Kasih.


BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN,

KPM

Sabtu, 15 Januari 2011

JPN perlu rancang penempatan guru

Perpindahan mendadak beri tekanan, jejas pembelajaran

JABATAN Pelajaran Negeri (JPN) wajar melakukan perancangan teliti berkaitan penempatan guru supaya tidak menimbulkan beban tambahan kepada pendidik dengan pertukaran pada saat akhir.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat perpindahan pada Januari bukan saja memberi tekanan mental kepada guru tetapi menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pertukaran secara mendadak turut menjejaskan kesan lebih serius terutama kepada pelajar.

Pertukaran dalam jumlah yang agak besar secara serentak juga kata beliau, menggambarkan sesuatu yang tidak kena dalam proses penempatan guru di peringkat negeri.

“Memang tidak wajar memindahkan guru ke sekolah lain pada bulan ini kerana sesi persekolahan sudah pun bermula. Keadaan ini memang merumitkan dan membebankan guru.

“Urusan pertukaran sepatutnya dilaksanakan lebih awal iaitu sekitar Disember bagi memudahkan proses urusan semua pihak.” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan yang diterima 10 hingga 15 guru di sebuah sekolah menengah di Subang.

Masing-masing katanya, mendakwa menerima panggilan daripada pegawai di JPN Selangor supaya bersedia ditukarkan ke luar daerah pada bila-bila masa.

Yim Pheng berkata, NUTP juga tertanya-tanya mengenai tindakan JPN Selangor menukarkan guru dalam jumlah sehingga 15 orang pada satu masa.

Senario itu kata beliau, menggambarkan berlaku lebihan guru di sekolah berkenaan. Lazimnya kadar lebihan guru setiap sekolah hanya sekitar seorang atau dua saja.

“Kalau sampai 10 hingga 15 guru terima panggilan untuk ditukarkan, NUTP pun hendak tahu daripada JPN, mengapa jadi begitu?” katanya.

Beliau berkata, NUTP akan mengadakan mesyuarat khas di ibu negara bersama 12 kesatuan gabungannya untuk membincangkan isu pertukaran guru.

Katanya, pendirian NUTP sekarang ialah guru patut menerima pertukaran dalam lingkungan 40 kilometer dari kediaman.

Berita Harian Online: 11 Januari 2011