Halaman

Selasa, 28 Julai 2009

Seri Paduka rasmi bangunan DUN Sarawak

TUANKU Mizan Zainal Abidin menekan butang khas untuk menyempurnakan
majlis perasmian Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak sambil
disaksikanoleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi
Abang Mohammad Sallahudin,Raja-Raja dan Sultan dari semua
Negeri dan Abdul Taib (kiri), semalam


KUCHING: Yangdi-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berangkat merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berharga RM300 juta sebagai satu mercu tanda terkini di Kuching yang tersergam indah di atas bukit dan menghadap Sungai Sarawak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Raja-Raja Melayu atau wakil dan Yang Dipertua Negeri. Beliau berkata sebagai dewan perundangan tertua di negara ini, DUN Sarawak perlu menjalani perubahan evolusi sejajar dengan ikon politik pada abad ke-21 dan selepas itu.

"Seperti juga negeri di Semenanjung dan Sabah, Sarawak mempunyai keperibadian politik, budaya politik dan tradisi politiknya sendiri dan evolusi perkembangan berparlimen dengan jelas membuktikan interaksi budaya dan keharmonian erat di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini, " katanya.

Katanya, sejak ia kali pertama bersidang di Bintulu pada 8 September 1867, di dalam sebuah bangunan kayu, DUN Sarawak mengalami pelbagai perubahan dengan kini ia mempunyai 71 wakil yang mewakili setiap kawasan di negeri ini.

Sumber : Berita Harian (28/07/2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan