Halaman

Jumaat, 24 Julai 2009

Solat Hajat UPSR

SK Pulo, Khamis - Satu program solat hajat UPSR telah diadakan pada malam semalam bertempat di dewan Terbuka SK Pulo. Ianya melibatkan semua guru, murid2 tahun 6 dan ibu bapa.
Sebahagian kaum bapa yang menghadiri majlis solat hajat

Kaum ibu

Murid tahun 6

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah diimami oleh Us. Roslan bin Ahahary. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, En. Awang Kassim bin Awang Hosain. En. Mohamad bin Jol meneruskan majlis dengan pembentangan keputusan Pra UPSR. Beliau juga ada membentangkan kelemahan2 murid bagi setiap mata pelajaran teras.

Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Us. Saifuddin meneruskan majlis dengan sedikit motivasi sebelum diambil alih oleh Us. Norhanizam Tajuddin untuk Solat Isyak dan Solat Hajat.

Sebelum bersurai, jamuan ringan turut dihidangkan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam. Harapan semua warga Pulo agar murid2 tahun 6 pada tahun ini mendapat keputusan yang membanggakan bukan setakat dari segi penambahan jumlah 5A tapi juga dari segi pertatusan kelulusan. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan