Halaman

Jumaat, 31 Julai 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2008

Atas permintaan, berikut kami upload gambar2 masa Hari Anugerah Cemerlang 2008 yang diadakan pada Mac baru-baru ini. Harap Pn. Guest berpuas hati. Minta maaf sebab kualiti gambar kurang memuaskan.

Antara pelajar cemerlang dengan ibu bapa mereka

Salah seorang pelajar cemerlang 5A UPSR 2008

Yang ni pun 5A jugak

Persembahan nasyid

Penerima anugerah Pelajar Terbaik 2 MF

Hari Permuafakatan 1 2009

Pada pagi tadi telah berlangsung Hari Permuafakatan 1 SK Pulo 2009. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kebanyakan ibu bapa juga sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menghadiri majlis tersebut untuk melihat dan mengambil sendiri buku laporan anak-anak. Tahniah kepada semua yang begitu komited.
Antara ibu bapa yang komited dengan pelajaran anak-anak.

Kaum bapa yang turut serta... Kalau tak silap yang pakai kopiah
tu ialah Hj. Bujang. Bapa kepada Imanuddin tahun 3 Makmur

Majlis dimulakan dengan ucapan tuan Guru Besar, En. Awang Kassim bin Awang Hosain. Beliau ada membuat analisa keputusan PKSR 2 secara kelas demi kelas. Dalam ucapannya juga, beliau ada menyentuh pasal kebajikan murid-murid seperti bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Baucar Tuisyen (SBT), dan SPBT. Selain itu, beliau juga ada menyentuh berkenaan keselamatan pelajar, masalah disiplin, kesihatan dan lain-lain.
Guru besar sedang menyampaikan ucapan



Khusyuk mendengar ucapan Guru Besar

Ibu bapa juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan. Selepas ucapan Guru Besar, ibu bapa ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan buku laporan kemajuan. Di sini, mereka boleh bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan anak mereka kepada guru kelas masing-masing. Bagi murid-murid yang mendapatkan bantuan KWAPM, buku bank juga telah diberikan kepada mereka.
Salah seorang bapa yang turut serta mengajukan pendapat dan soalan


Us. Nizam sedang mengagihkan buku akaun KWAPM kepada yang layak

Wah... cikgu Mokhtar... sibuknyee..

Antara ibu yang menunggu giliran untuk menemui guru kelas

Aa... Kelana ni... result dia untuk sem ni jatuh sikit... mungkin itu yang diperkatakan
oleh cikgu Suria. Hehe..Kalau salah jangan marah ya cikgu Suira


Khamis, 30 Julai 2009

PTK Ogos 2009

ADUAL PEPERIKSAAN
PTK-SSM SESI 2 2009


TARIKH
WAKTU
KERTASGRED JAWATAN
SESI 2 (OGOS 2009)
25 OGOS 2009
SELASA
0900 - 1000
1100 - 1200
KOMPETENSI UMUM
KOMPETENSI KHUSUS
DG44,DGA29
DG27,DG17,N17
W22,W17,C22
C17,J22 & J17
26 OGOS 2009
RABU
0900 - 1000
1100 - 1200
KOMPETENSI UMUM
KOMPETENSI KHUSUS
DGA 32
27 OGOS 2009
KHAMIS
0900 - 1000
1100 - 1200
KOMPETENSI UMUM
KOMPETENSI KHUSUS
DG41

Selasa, 28 Julai 2009

Seri Paduka rasmi bangunan DUN Sarawak

TUANKU Mizan Zainal Abidin menekan butang khas untuk menyempurnakan
majlis perasmian Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak sambil
disaksikanoleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi
Abang Mohammad Sallahudin,Raja-Raja dan Sultan dari semua
Negeri dan Abdul Taib (kiri), semalam


KUCHING: Yangdi-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berangkat merasmikan bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berharga RM300 juta sebagai satu mercu tanda terkini di Kuching yang tersergam indah di atas bukit dan menghadap Sungai Sarawak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Raja-Raja Melayu atau wakil dan Yang Dipertua Negeri. Beliau berkata sebagai dewan perundangan tertua di negara ini, DUN Sarawak perlu menjalani perubahan evolusi sejajar dengan ikon politik pada abad ke-21 dan selepas itu.

"Seperti juga negeri di Semenanjung dan Sabah, Sarawak mempunyai keperibadian politik, budaya politik dan tradisi politiknya sendiri dan evolusi perkembangan berparlimen dengan jelas membuktikan interaksi budaya dan keharmonian erat di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini, " katanya.

Katanya, sejak ia kali pertama bersidang di Bintulu pada 8 September 1867, di dalam sebuah bangunan kayu, DUN Sarawak mengalami pelbagai perubahan dengan kini ia mempunyai 71 wakil yang mewakili setiap kawasan di negeri ini.

Sumber : Berita Harian (28/07/2009)

Ahad, 26 Julai 2009

Peperiksaan Percubaan UPSR

Bermula esok, semua murid tahun 6 akan menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR. Peperiksaan ini dijalankan serentak di seluruh negeri Sarawak. Diucapkan selamat menempuhi ujian buat murid-murid tahun 6. semoga beroleh kejayaan yang membanggakan.

Berikut adalah jadual penuh peperiksaan percubaan UPSR negeri Sarawak 2009.

Isnin (27/07/2009)
Bahasa Malaysia Pemahaman
Bahasa Malaysia Penulisan
Matematik Kertas 2

Selasa (28/08/2009)
Matematik Kertas 1
Sains

Rabu (29/07/2009)
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2

Sabtu, 25 Julai 2009

Kem Bestari Solat Tahun 1

Sambutan Isra' Mikraj

Satu sambutan Isra' dan Mikraj peringkat SK Pulo telah diadakan pada pagi tadi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin, ceramah, sehari bersama kekanda dan forum perdana.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin

Khusyuk mendengar ceramah

Antara barisan pendidik

Barisan ahli panel. Dari kiri, Akmal Hakim (4 MF),
Nur Rahimin (5 MK), Nurul Aina (4 MF) dan Nazatul (4 MF)

Antara penonton yang mengajukan soalan.