Halaman

Khamis, 11 November 2010

Keputusan UPSR SK Pulo 2010

Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.

Sekolah Kebangsaan Pulo tidak ketinggalan untuk turut serta dalam senarai lebih 48 ribu calon tersebut.

Adik Nursyafiqah bt Iskandar Zulkarnain (gambar) telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang tersebut. Beliau memperolehi semua A dalam lima mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Malaysia (Pemahaman), Bahasa Malaysia (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Bilangan yang mendapat 4A dan 1B pula ialah seramai 5 orang. Mereka ialah;
1. Atiqah Safawati bt Idris
2. Mohd Raif b. Mahiden
3. Nur Khadijah bt Mislan
4. Nurifhan Alia bt Rosli
5. Nur Rahimin b Rahim

Mereka mendapat B dalam subjek Sains atau Bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, pencapaian keseluruhan kali ini lebih baik dari pencapaian tahun lepas. Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, perjalanan anda masih panjang. Jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.

2 ulasan:

  1. Salam. Saya sedang mencari seorang kawan yang kabarnya pernah mengajar di SK Pulo. Bolehkah saya tahu maklumat terkini kawan saya ini dan juga no. telefonnya.

    Nama : ABANG KARIM HAJI YAK

    Butiran saya:
    Nama: ABDUL WAHID ABD RAZAK
    Tempat Bertugas: PPD Seberang Perai Utara, P. Pinang
    No. Tel : 013-4313673
    Emel : wrzz60@yahoo.com.my

    Mohon bantuan tuan. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Wassalam. En. Abdul Wahid,cgu Abang Karim telah berpindah ke SK Siol Kanan.

    BalasPadam